BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

wang haram?

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya

selanjutnya di sini klik  dari ustaz zaharuddin




“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

klik di sini untuk ustaz maza

Saturday, September 25, 2010

MARA

salam semua
malam nie ada perjumpaan mara
ni baru je balik dari perjumpaan
yg dihadiri pengarah MARA KL sendiri
datuk ibrahim mohamed

tujuan menulis ni ialah 1st nak puji
makanan sedap sesangat!
thanks la pihak mara kerana sudi sponsor makanan!

secondly 
nak thanks to pe'e yg raised kan isu
repeat year di kalangan Malaysian and international student
isu repeat year ni makin menjadi bila europe dilanda kegawatan ekonomi

utk pengetahuan korang semua
orang Irish bayar masuk uni dalam 2-3 ribu euro je
international student setahun kna bayar 30 ribu ok!
so kami ni merupakan income tertinggi la uni kat sini

pastu nak dijadikan cerita
makin ramai budak repeat year di kalangan malaysian
especially final year
klo mmg tak reti x pa
ni pihak uni pun tak tahu nk komen kat mana student tu salah
they really dun have black n white

klo tgk ratio kan
dlm eg 15 student repeat, 13 international student
2 je irish
mmg serius x logik!
utk pengetahuna korang
irish nie bukan terer sgt pun,seriusly cakap
ada sorang minah irish nie
dia kata waktu praktikal osce
dia blur gila time station suruh amik blood pressure
dia kata dia x wat apa pun
but still! she passed it~
klo malaysian tu, tobat2 dah fail!confirm!

so, korang bayangkanla
betapa vulnerable nye semua org
ni bukan kisah ko stad ke x, pandai ke x
sapa2 pun dia ble pick..
seriusly..klo ko rasa ko wat terbaik pun time exam
jgn harap la ko ble pass dgn aman

this year
JPA dah x hantar student medic lg
student kuwait pun dh xda

so tak tahula..
mmg harap sgt pihak MARA dpt settlekan benda nie
dah la yg datang sini kira 
best among the best la
and best lagi kot if nak compare ngan irish2 yg suka party tu
so agak tidak logik jika dlm 30 org msia satu batch
15 org repeat year
tp irish yg 80 satu batch, yg repeat cuma sorang!

dah la study medic susah wokeh!
oklah..
maaf kpd sesiapa yg rasa entry nie kasaq sket
tgh emo!hoho
till then
bye!

Friday, September 24, 2010

cannulation

alhamdulillah!
impian utk wat iv cannulation berjaya juga~

utk yg x de idea cannulation tu apa
ia adalah
'introduce a cannula or thin tube into (a vein or body cavity)'

tube nie akan dgunakan utk masukkan ubat

x sure plak if bole masukkan makanan!hehe~

Wednesday, September 22, 2010

my hospital attachment

salam to all readers
hari ini nak menulis about my hospital attachment in Cork
Cork city itself ada 4 hospital,one of it is private
Cork University Hospital 
Mercy university hospital
South Infirmary Victoria University Hospital
Bons Secours Hospital

i am now rotation dekat CUH
skrg tgh introduction weeks
kami rotate to different department every 2 weeks

last 2 weeks i was doing cardio/respiratory rotation in CUH
follow ward round with respi Reg n his intern
amik history and perform examintaion

we managed to see a patient with a rare disease
called 'alveolar proteineosis'
1 over 2 million people will have it
managed to look at her CT scan utk tgk 'crazy paving'

jumpa juga patient with 'cystic fibrosis'
then patient yg ada Myocardial Infarction 
Heart Failure and bla2..
belajar baca ECG dgn nurses
jumpa patient yg ada liver disease with ascites
dan banyak lagi

sekarang tgh wat anesthesia rotation in the same hospital
belajar segala drug yg perlu utk induction,muscle relaxant and analgesic
pastu dpt la tgk surgery
so far baru tgk breast surgery utk keluarkan lump
tadi tgk plastic surgery on nose and ear

tak sabar nak intubate orang!hehe~
wat IV cannulation ke
relax gak kerja anesthetist nie *ye ke?*

esok masuk ortho surgery
then hopefully dapat la masuk tgk open heart surgery

moga roh dan semngat untuk mnjadi seorang doktor
akan datang jua nanti
pray for the best! insyaAllah




Saturday, September 18, 2010

tentang puasa enam



Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)



Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal
Oleh - Dr Abdul Basit Abd Rahman
Sumber : Berita Harian, 9hb Oktober 2008


HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairahberkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)


Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.


Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)


Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.


Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.


Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.


Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.


Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."


Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."


Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.


Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.


Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.


Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.


Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Wednesday, September 15, 2010

cool video: jom try!

salam semua
di celah - celah kebosanan
terjumpa link nie dari sebuah website

cool gila!
serius~
just follow the instruction ok!
*korang pause kat 0.27secs, then klik pd pilihan*
selamat mencuba~

Sunday, September 12, 2010

sambutan raya Cork

alhamdulillah
semalam telah berlansung dgn jayanya 
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT CORK
paling istimewa
kedua-dua pengarah MARA dan JPA turut hadir 

selaku pengarah, mmg tersangat banyak benda 
yg perlu diuruskan
tapi saya bersyukur kerana dikurniakan 
team mates yang sgt berkaliber
thanks to all excos PPMC yang bertungkus lumus
memastikan kejayaan program ini

batch 2008

thanks juga untuk semua warga Cork
yang sudi memasak juadah pada hari tersebut

maaf bagi pihak pengurusan kerana
kami hantar barang masakan terlalu lambat
ada yg tak sempat nak siapkan
ada yg menunggu sampai kebosanan
maaf saya pinta..

hausmates



alhamdulillah
majlis diserikan dgn pengacara merangkap performers 
pada hari itu iaitu saudara
mohd farhan mohd yusoff
walaupun secara spontan
ternyata pilihan kami tidak silap
thanks pe'e for your great effort
*sori kerana mungkin time makan ko menjadi pendek*


to all perfomers, thanks a million!
terkejut juga bila dgr ada 4 persembahan~ *x sangka*
thanks sesangat!
wlaupun ada part2 pitching lari *heheee*
tapi overall, it was a nice job!

congrates to all yg menang anugerah on that day!
especially to my hausmate kak niesah
yg mng best dress woman..*congrate*
food

if warga cork yg hadir ada nk komen apa2 on majlis ni
saya persilakan
mungkin boleh hantar email ke, sms ke
just nak tahu feedback
apa bagus n apa yg kurang

hope to see semua next year!
insyaAllah

p/s : excos, ngat lagi kisah sampah kita?
itu namanya dugaan~
sabar ye semua!hehe..


Sunday, September 5, 2010

salam aidilfitri~



this song dedicated to my mum n dad
yang kini berada di alor star kedah
and all my family members..
missing u all~
(tekan play kt lagu sebelah)

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban


Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya


Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu


Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti

Saturday, September 4, 2010

peringatan utk semua!!!

1 . Bagaimana Niat kita
Ibadah dinilai oleh Allah swt mengikut apa yang diniatkan . Ramadhan tahun lepas , adakah kita sentiasa pelihara niat untuk menghambakan diri kita kepada Allah melalui ibadah Puasa dan ibadah-ibadah lain . Jika niat tidak betul-betul ikhlas , adakah kita perbaharui dengan niat yang murni . Adakah benar-benar kita berpuasa dan beramal kerana Allah swt , atau kerana ikut musim – orang puasa , kita pun puasa , yang mana hasilnya kita hanya dapat lapas dan dahaga saja . Benar-benarkah kita nak cari redha Allah swt atau kita cuma puasa sebagai rutin .
Mungkin niat kita kurang mantap , iltizam tak cukup kuat , menyebabkan puasa kita gitu-gitu saja . Tidak sungguh-sungguh hendak capai berkat dari Allah swt , rahmat dan ampunannya , menyebabkan tidak cukup dorongan dan rangsangan untuk beramal , bersilaturrahim serta memperelokkan akhlak .


2 . Kesungguhan berdoa

Doa itu kan ibadah . Didalam bulan ibadah ini tahun yang lalu , adakah kita berdoa secara istiqomah terutama diwaktu-waktu sangat mustajab doa ? . Waktu sedang sedap berbuka , adakah kita teringat untuk berdoa ? . Sedangkan doa waktu itu mustajab . Bagaimana dengan waktu sepertiga akhir malam . Adakah kita hanya bangkit awal untuk sahur . Tetapi tidak mengambil peluang bertahajjud dan berdoa di waktu mustajab itu ? . Rasulullah saw suruh kita bermohon kepada Allah swt dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah bimbing kita untuk lakukan ibadah puasa dan membaca KitabNya dibulan mulia ini .
Kemudian , doa-doa kita sepanjang Ramadhan tahun lalu , adakah untuk diri sendiri saja atau kita doakan juga ibu ayah kita , isteri , suami ,anak-anak , adik-beradik , guru kita yang berjasa , guru anak-anak kita , rakan taulan , rakan-rakan ditempat kerja jiran-jiran dan saudara-saurada kita yang ditimpa musibah . Kalau kita tidak faham bahasa Arab , adakah kita lafazkan doa tanpa peduli maknanya atau kita sudah hafal sedikit sebanyak intipati makna doa itu , dan kita juga mohon kepada Allah swt dalam bahasa yang kita fahami .


3 . Konsisten dalam Ibadah

Adakah kesungguhan kita dalam membaca Al-Qur’an , bertaraweh , solat tahajud , solat dhuha , sedekah makanan dan lain-lain jadi kendur dihujung-hujung Ramadhan . Atau kita dapat istiqomah buat ibadah-ibadah sunat dan pelihara ibadah wajib dari awal sampai ke hujung , tinggal nak kemaskan lagi dalam bulan puasa kali ini . Adakah di bulan puasa tahun lalu kita cuma beramal separuh jalan – tidak khatam Al-Qur’an , solat tahajjud cuma dapat buat semalam dua , taraweh pun banyak yang tinggal , hulur juadah berbuka hanya sekali dua saja .
Tahun lalu apakah agaknya yang mengganggu tumpuan kita pada ibadah . Adakah tidak dapat khatam Al-Qur’an sebab sebuk buat persiapan raya pada minggu terakhir Ramadhan . Atau terlebih tidur waktu siang . Malam pula cepat mengantuk sebab terlebih makan waktu berbuka . Mungkin solat taraweh tertinggal beberapa malam sebab sibuk beli keperluan raya . Jadi dalam Ramadhan kali ini , mudah-mudahan kita lebih bersedia untuk atasi perkara-perkara yang mengganggu tumpuan ibadah yang sudah pun dikenal pasti


4 . Kesungguhan bermujahadah

Ramadhan juga disebut-sebut bulan mujahadah . Ramadhan tahun lalu , adakah kita sungguh-sungguh didik nafsu atau kita ikutkan saja kemahuan yang liar itu . Nak marah , kita lepaskan begitu saja , atau kita cuba pujuk-pujuk hati supaya mudah maafkan orang . Maafkan silap anak-anak , maafkan silap isteri , maafkan silap suami dan siap saja yang ada buat silap dengan kita .
Setahun yang lalu , agaknya waktu-waktu bila kita selalu cepat hilang sabar . Mungkin waktu kita melayan kerenah anak , isteri dan mereka yang dibawah tanggung jawab kita dalam persiapan hari raya . Jadi bagaimana kita pada tahun ini kita dapat hindari perkara sebegini ? .


5 . Kesungguhan jaga mata , telinga dan mulut

Memang sukar menjaga mata , telinga dan mulut dari perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt . Tapi menurut Nabi saw , inilah amalan paling utama di bulan Ramadhan iaitu menjaga diri dari apa yang diharamkan oleh Allah swt . Ramadhan tahun lalu adakah kita sentiasa tahan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan atau sebaliknya . Di rumah , adakah kita bataskan tengok tv atau sama saja macam bulan-bulan lain juga . Adakah masih lalai dengan mendengar muzik-muzik yang mealalaikan atau kita ganti dengan pasang CD baca Al-Qur’an , zikir dan seumpamanya . Ada tak kita sakitkan hati sesiapa di bulan puasa itu , atau pernah tak kita mengata orang atau tumpang dengar orang lain mengata .


6 . Kesungguhan bertaubat

Ramadhan juga bulan taubat dan Nabi saw berkata : celakalah orang tidak dapat keampuanan Allah di bulan Ramadhan . Setahun yang lalu , ketika berakhirnya Rmadhan waktu itu , adakah kita termasuk golongan celaka atau beruntung ? . Adakah kita telah bersungguh-sungguh bertaubat dari dosa-dosa dan mohon keampuanan dari Allah swt lalu menjadi orang yang beruntung . Atau kita gagal manfaatkan Ramadhan waktu itu untuk sungguh-sungguh tinggalkan dosa , bertaubat dan mohon keampuanan Allah , lalu jadilah kita orang yang rugi . Tak rajin istiqhfar , apalagi buat solat sunat taubat . Tidak cuba paksa-paksa diri untuk menangis , kenangkan dosa-dosa dengan Allah swt . Lebih teruk , masih sedap buat dosa dengan selalu menepis-nepis rasa berdosa .


7 . Hubungan sesama manusia

Kita muhasabah hubungan kita dengan orang-orang yang terdekat sepanjang Ramadhan tahun lalu . Bagaimana akhlak kita dengan isteri ,suami , anak kita , ibu ayah , jiran , rakan dan lain lain . Nabi saw berpesan , siapa yang mengelokkan akhlaknya di bulan ini , dia akan berjaya meniti titiab sirat pada hari ketika kaki-kaki tergelincir . Mungkin Ramadhan tahun lalu kita kurang mesra dengan jiran kita . Mungkin tahun ini kita boleh baiki dengan rajin-rajin bertukar juadah berbuka kerumahnya . Apakah ada anak-anak yatim yang kita tidak pernah ambil tahu walaupun tinggal sekampung . Mungkin dengan berkat Ramadhan kali ini kita boleh tanya khabar dan membantu sekadar yang mampu . , kerana siapa muliakan anak yatim di bulan ini , Allah swt akan muliakan dia di akhirat . Kalau kita ketua , bagaimana layanan kita pada orang bawahan pada bulan Ramadhan tahun lalu . Mungkin ada yang kurang kita dekati . Pesan Nabi saw , siapa ringankan perkerjaan orang-orang bawahannya di bulan ini , Allah akan ringankan pemereksaan (hisab) dihari akhirat .


8 . Cara kita isi masa

Dalam satu khutbah ketika menyambut Ramadhan , Raslullah saw bersabda : ” bahawa di bulan ini turun naik nafas kita menjadi tasbih , tidur kita menjadi ibadah , amal-amal diterima dan doa kita didengari . Jadi bagaimana kita isi masa sebulan Ramadhan tahun lalu . Apakah disebabkan tidur pun ibadah , kita pulun tidur Atau sebulan itu kita isi dengan banyak beramal yang nilainya lebih besar dari semata-mata tidur .
Di bulan segala amalan mudah diterima oleh Allah swt tahun lalu , berapa lama kita baca Al-Qur’an berbanding bersantai tengok tv , baca surat khabar , sembang-sembang tak bermanfaat dan seumpamanya . Malam sebelum tidur , lepas habis taraweh , apa aktiviti kita Baca Al-Qur’an ? , Selawat ? Atau tenguk tv sampai larut malam ? . Ahli keluarga kita bagaimana , terisikah masa mereka dengan aktiviti yang jadi ibadah Bermula dari mereka bersahur hinggalah berbuka .


Malam akhir Ramadhan tahun lalu , adakah kita bersungguh-sungguh beribadah atau bersungguh-sungguh pada benda lain ? . Malam raya pula , lidah kita banyak ucap takbir atau banyak sembang pasal raya .
Banyak lagi yang boleh dimuhasabahkan . Makin dimuhasabah , makin banyaklah nampak salh silap yang boleh dibaiki . Ramadhan tahun ini , kalu Allah swt panjangkan umur dan beri kudrat untuk berpuasa lagi , kita muhasabah pula Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang . Begitulah sepatutnya sifat hamba , selalu menghisab diri sebelum dirinya dihisab di akhirat nanti

gambar adalah copyright dari brotherhood art

Wednesday, September 1, 2010

marahthon 9 malam akhir..

salam semua
terjumpa video ini dalam FB
jazakallah kpd penerbit
moga berguna utk kita

renung2kan
selamat beramal!