BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, January 21, 2011

abah and mama

salam to all

aku membrowse through fb budak2 saina
sama ada junior dan senior
tiba2 aku di ingatkan semula akan sebuah kisah
yang berlaku tatkala aku di ting 4/5

mengisahkan pengorbanan seorang ayah

hari tu hari pendaftaran pelajar tingakatan 1 yg baru
aku selaku ahli koperasi sekolah
telah ditugaskan utk menjaga kaunter koperasi
student perlu menjadi ahli koperasi
membeli baju saina,baju batik,selimut,cadar dan sebagainya

seperti biasa pelajar akan ditemani ibubapa
dan proses pembayaran berlaku serentak
*penat juga menerangkan apa yg perlu dan tidak*

seorang ayah berserban datang bersama anaknya
yang kelihatan takut akan suasana baru
setelah menerangkan segala keperluan yg perlu dibeli
jumlah keseluruhan bayaran mencecah ratusan ringgit

ayah ini tunduk
mungkin gusar di hati
lantas mengeluarkan helaian duit kertas
RM 1 yang dilipat rapi 
aku terkedu
duit yang kelihatan lusuh itu
ku jangka sudah lama disimpannya

dia mengira kembali duit2 itu
untuk mencukupkan nilai yang perlu dibayar
dia sekali tidak meminta utk dikurangkan lagi jumlahnya
namun aku pula yg berusaha untuk memotong mana2
barang yg aku rasa boleh dibeli kemudian

namun akhirnya
seorang ayah itu membayar penuh
dengan wang kertas RM 1 simpanannya

begitu besar harapan seorang ayah ini terhadap anaknya
sanggup berkorban demi masa depan mereka

aku kagum 
namun mungkin waktu itu aku belum cukup dewasa
utk memahami erti pengorbanan seorang ayah

aku teringat kisah lalu
saat ayahku ingin menjual van toyota yg dimilikinya
abah melekatkan nota di van yang berbunyi
'UNTUK DIJUAL, SILA HUBUNGI...'

saat meluncur van itu ke saina
utk mengambilku pulang ke rumah
aku terkejut!
*apa?utk dijual?*
*kenapa kena ada note pulak??*
aku malu

malu jika ada kawan2 ternampak aku 
naik van yang hendak dijual
*entah apa aku fikir ketika itu*
lantas aku pun naik van tersebut dgn muka yg masam
aku tarik pelekat itu dari cermin van

abah yg melihat tindakan aku
hanya diam..

selepas beberapa minit perjalanan
abah bertanya padaku
'kakak malu ka?'
aku menganggukan kepala

abah terus tersenyum 
dan memandu kami pulang ke rumah

dan kini aku lihat perkara itu 
terjadi lagi
tatkala kereta kami rosak di rumah

abah menceritakan kepada ku
mengenai adik bongsuku yang tunduk malu di dalam kereta
tatkala kereta kelisa buruk kepudaran warna
kepunyaan jiran 
datang menjemputnya di asrama

*mungkin ketika umur itu*
kita masih belum memahami sepenuhnya
erti sebenar kehidupan
susah dan senang utk menyara keluarga

mama dan abah jarang 
memberi tekanan kepada kami utk berjaya
cuma ungkapan
'belajar elok2, buat yg terbaik' sahaja yg selalu kedengaran
tapi semestinya kami, anak-anak tahu
bahawa mereka sentiasa inginkan yang terbaik dari kita

saat kami tak berjaya mencapai kejayaan
mama dan abah jarang sekali memarahi kami
tambahan lagi bila kami semua duduk di asrama
cuma jika mereka rasa perlu utk berbincang
mereka akan bertanya

aku masih ingat sewaktu di Kolej Mara Banting
aku memijakkan kaki di bumi bertuah itu
dengan tangisan
aku mengangis bukan kerana sedih
tapi kerana aku takut 
takut untuk tidak mampu bersaing dengan pelajar lain

di KMB
pelajar2nya bukan calang2
head boy MCKK
pemenang anugerah warna SBP
pelajar terbaik melaka
pelajar terbaik pahang, kelantan 
dan macam2 lagi...

aku menangis kerana aku dapat rasakan
ini bukan kapasiti aku
namun abah dan mama kekal positif
memandangkan sepupu aku pernah belajar di situ
dan kini sudah bergelar doktor setelah 5 tahun 
belajar di Aberdeen,Scotland

selama setahun setengah di KMB
3 peperiksaan besar telah aku duduki
namun aku tidak pernah melepasi markah 35
yang mana merupakan markah minimum utk fly
tapi abah dan mama jarang mnyatakan kerisauan mereka
mungkin mereka lebih bimbang akan keadaan adikku
yang kurang selesa dengan penginapan
'rumah kedai' mereka di KTT
itu andaian aku

sewaktu cuti semester
aku pulang ke rumah
tiba-tiba aku terjumpa surat dari MARA
yang menyatakan kerisauan mereka tentang prestasiku di KMB
*kenapa mama abah tak pernah cakap pasal benda nie?*
pihak MARA mencadangkan supaya abah dan mamaku
memberi nasihat agar aku dapat memenuhi requirement
utk terbang ke luar negara kelak

sekali lagi
abah dan mama rasa tidak perlu untuk mereka masuk campur
jika aku sendiri tidak menyatakan aku mempunyai masalah dalam pembelajaranku
mereka tahu bahawa anak mereka mampu menempuhi
rintangan itu dengan kebolehan diri sendiri

sewaktu keputusan peperiksaan IB keluar
aku menangis kesyukuran 
satu rahmat yg paling berharga dalam hidupku
ayahku senyum kegirangan
aku masih ingat lagi akan kata-katanya

'abah selalu doa agar Allah bagi yang terbaik
untuk anak-anak abah.
dan keputusan ni adalah yang paling terbaik
yang Allah telah bagi.
Abah tak kan minta lebih dari ini'

waktu itu 
aku terkedu lagi

rupa2nya 
disebalik keengganan mereka dalam 
memberi tekanan terhadap aku,
mereka masih menyimpan harapan
untuk aku lakukan terbaik dan berjaya
dalam peperiksaan itu

hari itu
aku nampak akan besar sebenarnya
harapan mereka terhadap aku
*sesuatu yang aku tak perasan selama itu*

harapan dan pengorbanan adalah sesuatu
yang mungkin sukar di ungkapkan dalam perkataan
sukar diterjemahkan dalam tulisan
mungkin cara terbaik adalah melalui perlakuan

hingga kini aku masih mencari erti pengorbanan aku sendiri
bak kata dr MAZA

'pengorbanan bukan sekadar cerita....'
'Bercerita tentang pengorbanan dan menghayati pengorbanan 
adalah dua perkara yang berbeza

from Qamar's flickr
to mama abah
insyaAllah akak akan buat yang terbaik
yang terbaik
sepanjang pengajian akak di sini
mama abah doakan akak
dan ampunkan dosa2 akak ya..

akak akan cuba jadi anak yang terbaik
akan cuba untuk tidak lagi 
menjadi anak yang keras kepala

hai ibu bapa
kami permata anda
tidak jemu berdoa
agar sejahtera terpelihara

i will always love both of you!









Tuesday, January 11, 2011

PLASTIC SURGERY

salam semua
alhamdulillah dipanjangkan umur
dan dimurahkan rezeki 
to stay alive until now

hari nie nak cerita pasai plastic surgery

about
plastic surgery nie adalah

a medical specialty concerned with the correction or restoration of form and function.
 While famous for aesthetic surgery, plastic surgery also includes many types of 

sekarang saya rotation dekat 
Cork University Hospital under team plastic surgery

as mentioned above
plastic nie byk restore function of the body la
melalui surgery

team
i dun have any specific team to follow everyday
but overall, plastic team ada
3 or 4 consultants
they are all have beautiful hands!
lovely 'makeover' i would say!
the team also sgt baik and friendly
the willing to teach us 
even baru 3rd med yg mmg tak tahu apa2 about plastic

things i do
selalunye memang kna tpacak awal pagi
untuk ward round 
mostly kita akan tgk the recovery progress of the patients
macam2 patients ada
and depends on which consultant you attached to
hari tu banyak burn cases
jatuh dalam bath tub x ble bangun2 and so on..

i've seen skin grafting
both split graft and full thickness graft
now planning to watch flap surgery yang insyaAllah
ada esok *a local flap on hip*

today ada exploration surgery to see
any damage to nerve ,tendon,vessels and so on
and alhamdulillah
the specialist registrar had given me the opportunity
to scrub in with her and do suturing


and macam biasa
kena amik history and present it to the doctors
as surgery patient banyak day patients
so, x banyak la sangat history yg dpt di ambil*hehe*

konklusi
so far..rasa mcm surgery lagi best dari medicine
surgery mcm adventure and challenging skit la
but con is , u'll be a bit busy

but personally
with my hands yg shaking nie
is't quite hard to be a surgeon
dalam theater tadi pun surgeon ckp
*u need to stabilize ur hand* huuuhuuu

but alhamdulillah
Allah bagi rotation best kali ni
sbgai pembukaan tahun 2011
rotation for second term

next week i'll be doing anaesthetic rotation
yg mcm buhsan je
sebab dh penah 2 minggu kat situ last year
but, just hope for the best then! 

thanks for reading this quick update

keepfighting!


Sunday, January 2, 2011

random

salam semua! 

alhamdulillah Allah masih panjangkan umur
untuk kembali menapak di bumi Cork ini

post nie mmg agak random sbb tak tahu nk specify tajuk apa


1) flight
2 minggu cuti saya telah habiskan masa untuk berjalan2
paling tak suka time bjalan is 
naik flight
kerana saya mesti akan di check habis-habisan oleh security
even lepas palang scan tu tak berbunyi bila saya lalu
*whatever*

lepas tu paling tak suka ialah bila ada turbulence
hari tu tmpat landing tu ada thunderstorm
expecting turbulence la

siap melambung2 berkali plane tu
ya Allah!!!cuak gila ok!!
makcik tu siap jerit2 lagi..
adus...cuak...
tapi steward/ess dia maintain cool, senyum2..
tapi alhamdulillah..selamat landing!

utk yg takut fly sbb turbulence, crash and whatever
ble baca website nie..klik

'From FAA Personnel, to Air Traffic Controllers, to Aircraft Mechanics, to the Flight Crew,
 there is no industry in the world with better trained, tested, skilled, 
and motivated professionals than the people in the airline industry'

Aviation is "black and white". There are no "maybes". Either it is 100% safe, or we don't do it

so usah takut2 ye
*pesanan utk diri sendiri*


2) tunang

bukan saya ye yg bertunang
kawan batch 0105 saina yg rmai bertunang
alhamdulillah!
moga Allah mudahkan urusan korang semua ye~

3) exam?

result exam hampir semua dah keluar
50-50 la
ada yg ok ada yg kurang memuaskan
banyak lagi kena struggle utk summer nie..

4) hospital and gp rotation
from january until may akan ada rotation
i will be away once to tralee,kerry
for my gp rotation (klinik)

hospital rotation semua dekat sini je
bons secour and CUH


itu je kot update untuk sekarang nie
nanti2 saya update lain ye

keepfighting!