BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, March 10, 2010

an awaken text..subhanallah!

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARIIsnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa
pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan
orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empatjam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir
sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai
bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu
keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India
beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar
kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi
Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada
perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah
mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan
Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia
berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess
and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim
Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian.
Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia
membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii)Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi
kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu.
Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripadaIslam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta ,peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara
ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di
Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang
Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah
hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya
mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda
Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya
dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang
memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber :
jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis,
belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan
sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang
mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang
menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah
paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di
pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional
sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis,
mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka
bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan.
Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka
masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan
penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat
suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa
Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat
bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1)Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun
mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam.
Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam.
Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2)
Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran
Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada
sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam
diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza
sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab
suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan
semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima
oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada
berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman
Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula
yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai
universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS
dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian
Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi
penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki
sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus
dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama
Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori
oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa
Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3
murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allahjadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan
ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau
pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami,
gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di
Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat,
tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada
malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di
pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika
anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam
demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

p/s : terpulang kpd anda utk percaya atau tidak. saya x dpt pastikan kesahihan text nie. tp ambil pengajaran dan jgn lupa bahawa setiap kita akan ditanya apa yg kita dah buat utk agama. jgn iggt hanya duduk saja boleh menyelesaikan masalah.


'IF YOU ARE NOT PART OF THE SOLUTION,
YOU ARE THE PROBLEM!'

1 comments:

imanulhassan said...

Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri. [HR Bukhari dan Muslim]