BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 17, 2010

setiap dari kamu adalah saksi !

bismillah..


ini adalah perkongsian syahadatul haq (SH)

yg sempat saya hadiri di the burren bumi ireland ini


1)apakah SH?

syahada= penyaksian

haq-kebenaran


pernah x terfikir kenapa antara kelima2 rukun islam,
mengucap adalah yang paling senang..hmm..
adakah ia semudah itu?


sebenarnya apabila kita telah bersaksi bahawa
kebenaran itu adalah Islam
maka telah jatuh perintah wajib keatas kita
untuk menjalankan dakwah di bumi Allah ini.

kita telah bersaksi bahawa Rasulullah adalah pesuruh Allah
yg bermaksud kita juga mengakui bahawa ajaran Islam itu
telah sampai kpd kita hasil daripada perjuangan dakwah baginda.


2) kesaksian

so, apabila kita dah jadi saksi ke atas kebenaran Islam ini,
apa yg harus kita buat?

analogi mudah ialah
katakan anda menjadi saksi langgar lari di suatu tempat
adakah anda hanya akan berdiam diri sewaktu ditanya
di dalam mahkamah?
sudah semestinya anda akan bersungguh2 untuk meceritakan hal sebenar bukan?


begitulah juga dalam konsep penyaksian dalam SH ini.
jangan menjadi seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang di murkai Allah
dek kerana menyembunyikan kebenaran yang ada.
mereka mengakui adanya Tuhan, namun enggan bercakap panjang.

bakal bersambung...

0 comments: