BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, August 7, 2010

baling's journal :: part II

salam semua~
mode hari ni bermadah sket..

hari pertama di Baling (28 july)

perjalanan
aku bertolak ke baling
bersama-sama 2 orang rakan ku dari SAINA
hanis nasarudin dan samha
my dad drove us there
my mum yg kebetulan pulang dari kerja turut mahu serta
walaupun kesihatan beliau agak tidak mengizinkan
namun dek semngat mahu melihat Baling
(kerana belum pernah sampai)
my mum pun menguatkan semangat nya

perjalanan di baling hampir memakan masa 2 jam
jalan-jalan berliku dan hutan tebal mengiringi perjalanan kami

setelah exit Gurun dari highway
kami masuk ke kawasan kampung
pada mulanya agak confius kedudukan kami ketika itu
nasib baikla ada GPS dari handphone kesayanganku
dapat juga kami meng'locate' kawasan yg sedang dipandu

Kg Bukit Iboi tidaklah sukar dicari..
setelah hampir sampai ke destinasi
aku pun menelefon pengarah utk bertanyakan exact location rumah beliau

sewaktu sampai, Zainal sudah berada di dalam rumah
suhaimie dan her mother baru pulang
selepas beberapa minit, Iyien sampai
kami makan2 mee rebus sedap di rumah Mie
lepas itu geng KL pun sampai di stesen bas baling
penuh bas tu depa saja (14 orang)

meeting
pada sebelah malam
meeting diadakan dihadiri MT ,unit module, peralatan dan motivasi
perancangan di atur teliti
namun ada juga beberapa acara yg tidak sempurna..
biasalah..no body's perfect!

hari kedua (29 july)

doktor
pada sebelah pagi aktiviti bermula dengan gotong royong rumah ke rumah
pada mulanya ingin diadakan di kawasan masjid
tetapi pihak masjid baru je gotong royong

aku bersama pengarah bergerak ke pekan Baling
untuk mencari beberapa orang doktor lagi utk memenuhi permintaan klinik

sedari dulu lagi, aku nie memang susah nak bertanya
maybe orang yang pernah berjalan dengan aku tahu
nampak je berani..but sometimes i am not

aku explain kat Mie
haha!
he said 'the skill is not innate, it must be acquired'

sukaneka

pada sebelah petang, ada sukaneka
pihak sekolah telah buat pengumuman kepada the whole school to come
kami kaget!
kanak-kanak terlalu ramai


di sini aku pelajari sesuatu 
1)i think i dun really like kids,especially naughty kids
2) terdapat jurang besar dalam pemikiran kanak-kanak (even dewasa) yang membesar di kampung jika dibandingkan dengan yang membesar di bandar

sukar untuk dijelaskan dengan kata-kata
ada rakan ku mendapat isyarat 'warning' dari budak sekolah rendah itu
no threat,but mind set kita boleh lihat
aku juga berdepan dengan situasi itu
sukar utk mengawal mereka

tapi aku syukur kerana di kurniakan team mates yang 
mampu meneutralkan kepeningan kepala aku

hari ketiga (30 july)


rumah penduduk miskin
aktiviti pagi dimulakan dengan lawatan ke rumah penduduk miskin
miskin yg bgaimana?


(jangan salah sangka senyuman azie itu)
nampak kan adik perempuan itu?
tempat yang dia duduk (bawahnya di bela ayam)
adalah rumahnya
iya..rumahnya
rumah yang di bina di atas rizab kerajaan kerana mereka tiada tanah
kerna itu rumah mereka nun jauh di kaki bukit
perjalan ke atas perlu melalui denai bukit
anaknya itu ke sekolah setiap hari melalui jalan tersebut
pergi dan balik

mereka hanya minum dari air bukit dan menadah hujan
buat kelengkapan membasuh baju

anak lelakinya lari tatkala melihat kelibat kami
mungkin tidak sanggup orang melihatnya dalam keadaan sebegitu

si ibu tabah menerima kunjungan
dia melarikan diri ke Baling dek kerana suami kaki judi
anak perempuan yang dibesarkannya kini sudah berumur 13 tahun
PMR bakal menjelang

rumah tiada air, tiada elektrik
rumah di bina menggunakan kayu hutan 
yang dicari sendiri dan di bina sendiri

ada antara kami menitiskan airmata
aku juga sebak!
x sangka..tak pernah terlintas begitu sekali kehidupan mereka

sedikit sumbangan dihulurkan
moga sedikit sebanyak meringankan beban

tatkala aku memeluk si ibu tua itu
dia berkata 'janganlah.. tok busuk'
aku sedeh..
biarlah diri mu sebusuk mana pun
kerna hati mu begitu besar wahai ibuku..
masih bertahan meneruskan hidup
masih beruapaya menyekolahkan anakmu

aku doakan hidup mereka dipermudahkan
dan aku berharap agar setiap dari rezeki yang Allah kurniakan kepada aku
akan aku gunakan sebaiknya
kerana setiap nikmat Allah yang kita dapat
akan ditanyakan semula kelak..

perjalanan singkat ke 3 buah rumah
mungkin cukup untuk membuka minda kami anak-anak muda
perbicangan ringkas di Lata Celak
telah menggariskan beberapa kekangan yang timbul
usah di tanya mana duit bantuan
usah ditanya mana kemudahan PPRT
aku tak tahu jawapannya

harapan itu sekarang terletak pada kita..
ya..anda!
kitalah yang bakal mencorak hala tuju negara

ceramah kesihatan
ceramah di berikan oleh saudara Afiq izzudin 
banyak juga soalan dari orang kampung
pengisian yang menjawab persoalan..


bersambung....

2 comments:

leh said...

update cepat skit...nak baca lagi..hehe

iyfah said...

pengarah!eh..ex-pengarah..heee~
baik2..sebelom basi,saya akan update!