BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Monday, October 25, 2010

syaitan pun terkejut!!

Ada seorang manusia yang bertemu dengan syaitan di waktu subuh. 
Entah bagaimana awalnya, akhirnya mereka berdua sepakat mengikat tali persahabatan.
Ketika waktu subuh berakhir dan orang itu tidak mengerjakan solat,
maka syaitan pun sambil tersenyum bergumam, "Orang ini memang boleh menjadi sahabatku..!" 
Begitu juga ketika waktu Zuhur orang ini tidak mengerjakan solat,
syaitan tersenyum lebar sambil membatin, " Rupanya inilah bakal teman sejatiku di akhirat nanti..!" 
Ketika waktu asar hampir habis tetapi temannya itu dilihatnya masih juga asik dengan kegiatannya, syaitan mulai terdiam...... 
Kemudian ketika datang waktunya maghrib, temannya itu ternyata tidak solat juga, maka syaitan nampak mulai gelisah,
senyumnya sudah berubah menjadi kecut. Dari wajahnya nampak bahwa ia seolah-olah sedang mengingat-ngingat sesuatu.
Dan akhirnya ketika dilihatnya sahabatnya itu tidak juga mengerjakan solat Isya', maka syaitan itu sangat panik.
Ia rupanya tidak boleh menahan diri lagi, dihampirinya sahabatnya yang manusia itu sambil berkata dengan penuh ketakutan,
"Wahai sahabat, aku terpaksa memutuskan persahabatan kita !" 
Dengan keheranan manusia ini bertanya, "Kenapa engkau ingkar janji bukankah baru tadi pagi kita berjanji akan menjadi sahabat ?". 
"Aku takut !", jawab syaitan dengan suara gemetar. "Nenek moyangku saja yang dulu hanya sekali membangkang pada perintah-Nya, iaitu ketika menolak disuruh sujud pada "Adam", telah dilaknat-Nya; apalagi engkau yang hari ini saja kusaksikan telah lima kali membangkang untuk bersujud pada-Nya (Sujud pada Allah). Tidak terbayangkan olehku bagaimana besarnya murka Allah kepadamu !", kata syaitan sambil beredar pergi.


subhnallah!
moga menjadi peringatan dan iktibar buat kita~
ingat, solat itu tiang agama
solat menggambarkan peribadi
solat benda pertama akan ditanya Allah kelak bila di masyar..


p/s : tolong baca blog kereta mayat (klik di sini)
bagi saya ia satu entry yg tersangat la best!!
mengenai tanggungjawab berdakwah yang membolehkan kita layak menjadi 
ummat terbaik!
baca2!!!

Thursday, September 30, 2010

wang haram?

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya

selanjutnya di sini klik  dari ustaz zaharuddin




“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

klik di sini untuk ustaz maza

Saturday, September 18, 2010

tentang puasa enam



Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)



Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal
Oleh - Dr Abdul Basit Abd Rahman
Sumber : Berita Harian, 9hb Oktober 2008


HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairahberkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)


Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.


Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)


Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.


Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.


Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.


Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.


Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."


Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."


Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.


Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.


Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.


Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.


Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Saturday, September 4, 2010

peringatan utk semua!!!

1 . Bagaimana Niat kita
Ibadah dinilai oleh Allah swt mengikut apa yang diniatkan . Ramadhan tahun lepas , adakah kita sentiasa pelihara niat untuk menghambakan diri kita kepada Allah melalui ibadah Puasa dan ibadah-ibadah lain . Jika niat tidak betul-betul ikhlas , adakah kita perbaharui dengan niat yang murni . Adakah benar-benar kita berpuasa dan beramal kerana Allah swt , atau kerana ikut musim – orang puasa , kita pun puasa , yang mana hasilnya kita hanya dapat lapas dan dahaga saja . Benar-benarkah kita nak cari redha Allah swt atau kita cuma puasa sebagai rutin .
Mungkin niat kita kurang mantap , iltizam tak cukup kuat , menyebabkan puasa kita gitu-gitu saja . Tidak sungguh-sungguh hendak capai berkat dari Allah swt , rahmat dan ampunannya , menyebabkan tidak cukup dorongan dan rangsangan untuk beramal , bersilaturrahim serta memperelokkan akhlak .


2 . Kesungguhan berdoa

Doa itu kan ibadah . Didalam bulan ibadah ini tahun yang lalu , adakah kita berdoa secara istiqomah terutama diwaktu-waktu sangat mustajab doa ? . Waktu sedang sedap berbuka , adakah kita teringat untuk berdoa ? . Sedangkan doa waktu itu mustajab . Bagaimana dengan waktu sepertiga akhir malam . Adakah kita hanya bangkit awal untuk sahur . Tetapi tidak mengambil peluang bertahajjud dan berdoa di waktu mustajab itu ? . Rasulullah saw suruh kita bermohon kepada Allah swt dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah bimbing kita untuk lakukan ibadah puasa dan membaca KitabNya dibulan mulia ini .
Kemudian , doa-doa kita sepanjang Ramadhan tahun lalu , adakah untuk diri sendiri saja atau kita doakan juga ibu ayah kita , isteri , suami ,anak-anak , adik-beradik , guru kita yang berjasa , guru anak-anak kita , rakan taulan , rakan-rakan ditempat kerja jiran-jiran dan saudara-saurada kita yang ditimpa musibah . Kalau kita tidak faham bahasa Arab , adakah kita lafazkan doa tanpa peduli maknanya atau kita sudah hafal sedikit sebanyak intipati makna doa itu , dan kita juga mohon kepada Allah swt dalam bahasa yang kita fahami .


3 . Konsisten dalam Ibadah

Adakah kesungguhan kita dalam membaca Al-Qur’an , bertaraweh , solat tahajud , solat dhuha , sedekah makanan dan lain-lain jadi kendur dihujung-hujung Ramadhan . Atau kita dapat istiqomah buat ibadah-ibadah sunat dan pelihara ibadah wajib dari awal sampai ke hujung , tinggal nak kemaskan lagi dalam bulan puasa kali ini . Adakah di bulan puasa tahun lalu kita cuma beramal separuh jalan – tidak khatam Al-Qur’an , solat tahajjud cuma dapat buat semalam dua , taraweh pun banyak yang tinggal , hulur juadah berbuka hanya sekali dua saja .
Tahun lalu apakah agaknya yang mengganggu tumpuan kita pada ibadah . Adakah tidak dapat khatam Al-Qur’an sebab sebuk buat persiapan raya pada minggu terakhir Ramadhan . Atau terlebih tidur waktu siang . Malam pula cepat mengantuk sebab terlebih makan waktu berbuka . Mungkin solat taraweh tertinggal beberapa malam sebab sibuk beli keperluan raya . Jadi dalam Ramadhan kali ini , mudah-mudahan kita lebih bersedia untuk atasi perkara-perkara yang mengganggu tumpuan ibadah yang sudah pun dikenal pasti


4 . Kesungguhan bermujahadah

Ramadhan juga disebut-sebut bulan mujahadah . Ramadhan tahun lalu , adakah kita sungguh-sungguh didik nafsu atau kita ikutkan saja kemahuan yang liar itu . Nak marah , kita lepaskan begitu saja , atau kita cuba pujuk-pujuk hati supaya mudah maafkan orang . Maafkan silap anak-anak , maafkan silap isteri , maafkan silap suami dan siap saja yang ada buat silap dengan kita .
Setahun yang lalu , agaknya waktu-waktu bila kita selalu cepat hilang sabar . Mungkin waktu kita melayan kerenah anak , isteri dan mereka yang dibawah tanggung jawab kita dalam persiapan hari raya . Jadi bagaimana kita pada tahun ini kita dapat hindari perkara sebegini ? .


5 . Kesungguhan jaga mata , telinga dan mulut

Memang sukar menjaga mata , telinga dan mulut dari perkara-perkara yang diharamkan oleh Allah swt . Tapi menurut Nabi saw , inilah amalan paling utama di bulan Ramadhan iaitu menjaga diri dari apa yang diharamkan oleh Allah swt . Ramadhan tahun lalu adakah kita sentiasa tahan pandangan dari melihat perkara yang diharamkan atau sebaliknya . Di rumah , adakah kita bataskan tengok tv atau sama saja macam bulan-bulan lain juga . Adakah masih lalai dengan mendengar muzik-muzik yang mealalaikan atau kita ganti dengan pasang CD baca Al-Qur’an , zikir dan seumpamanya . Ada tak kita sakitkan hati sesiapa di bulan puasa itu , atau pernah tak kita mengata orang atau tumpang dengar orang lain mengata .


6 . Kesungguhan bertaubat

Ramadhan juga bulan taubat dan Nabi saw berkata : celakalah orang tidak dapat keampuanan Allah di bulan Ramadhan . Setahun yang lalu , ketika berakhirnya Rmadhan waktu itu , adakah kita termasuk golongan celaka atau beruntung ? . Adakah kita telah bersungguh-sungguh bertaubat dari dosa-dosa dan mohon keampuanan dari Allah swt lalu menjadi orang yang beruntung . Atau kita gagal manfaatkan Ramadhan waktu itu untuk sungguh-sungguh tinggalkan dosa , bertaubat dan mohon keampuanan Allah , lalu jadilah kita orang yang rugi . Tak rajin istiqhfar , apalagi buat solat sunat taubat . Tidak cuba paksa-paksa diri untuk menangis , kenangkan dosa-dosa dengan Allah swt . Lebih teruk , masih sedap buat dosa dengan selalu menepis-nepis rasa berdosa .


7 . Hubungan sesama manusia

Kita muhasabah hubungan kita dengan orang-orang yang terdekat sepanjang Ramadhan tahun lalu . Bagaimana akhlak kita dengan isteri ,suami , anak kita , ibu ayah , jiran , rakan dan lain lain . Nabi saw berpesan , siapa yang mengelokkan akhlaknya di bulan ini , dia akan berjaya meniti titiab sirat pada hari ketika kaki-kaki tergelincir . Mungkin Ramadhan tahun lalu kita kurang mesra dengan jiran kita . Mungkin tahun ini kita boleh baiki dengan rajin-rajin bertukar juadah berbuka kerumahnya . Apakah ada anak-anak yatim yang kita tidak pernah ambil tahu walaupun tinggal sekampung . Mungkin dengan berkat Ramadhan kali ini kita boleh tanya khabar dan membantu sekadar yang mampu . , kerana siapa muliakan anak yatim di bulan ini , Allah swt akan muliakan dia di akhirat . Kalau kita ketua , bagaimana layanan kita pada orang bawahan pada bulan Ramadhan tahun lalu . Mungkin ada yang kurang kita dekati . Pesan Nabi saw , siapa ringankan perkerjaan orang-orang bawahannya di bulan ini , Allah akan ringankan pemereksaan (hisab) dihari akhirat .


8 . Cara kita isi masa

Dalam satu khutbah ketika menyambut Ramadhan , Raslullah saw bersabda : ” bahawa di bulan ini turun naik nafas kita menjadi tasbih , tidur kita menjadi ibadah , amal-amal diterima dan doa kita didengari . Jadi bagaimana kita isi masa sebulan Ramadhan tahun lalu . Apakah disebabkan tidur pun ibadah , kita pulun tidur Atau sebulan itu kita isi dengan banyak beramal yang nilainya lebih besar dari semata-mata tidur .
Di bulan segala amalan mudah diterima oleh Allah swt tahun lalu , berapa lama kita baca Al-Qur’an berbanding bersantai tengok tv , baca surat khabar , sembang-sembang tak bermanfaat dan seumpamanya . Malam sebelum tidur , lepas habis taraweh , apa aktiviti kita Baca Al-Qur’an ? , Selawat ? Atau tenguk tv sampai larut malam ? . Ahli keluarga kita bagaimana , terisikah masa mereka dengan aktiviti yang jadi ibadah Bermula dari mereka bersahur hinggalah berbuka .


Malam akhir Ramadhan tahun lalu , adakah kita bersungguh-sungguh beribadah atau bersungguh-sungguh pada benda lain ? . Malam raya pula , lidah kita banyak ucap takbir atau banyak sembang pasal raya .
Banyak lagi yang boleh dimuhasabahkan . Makin dimuhasabah , makin banyaklah nampak salh silap yang boleh dibaiki . Ramadhan tahun ini , kalu Allah swt panjangkan umur dan beri kudrat untuk berpuasa lagi , kita muhasabah pula Ramadhan yang sedang kita lalui sekarang . Begitulah sepatutnya sifat hamba , selalu menghisab diri sebelum dirinya dihisab di akhirat nanti

gambar adalah copyright dari brotherhood art

Sunday, August 29, 2010

10 malam memburu cinta~

Lailatul Qadr atau malam qadar iaitu malam yang berharga yang mengandung saat yang baik sekali. Pada malam itu kalau ditakdirkan Allah, ibadat yang bertepatan dengan malam qadar itu, dilipatgandakan Allah pahalanya, sehingga ibadat pada malam itu lebih baik dari 1000 bulan. Allah menyatakan dalam firmanNya:

Malam qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turunlah malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, supaya mengatur segala pekerjaan. Selamatlah malam itu sehingga terbit fajar”  [Al-Qadr : 3-5]

Ada juga hadis yang menyatakan :
“Dari Abu Hurairah r.a ia berkata : Rasulullah s.a.w bersabda: sesiapa yang mendirikan (beribadat) pada malam Qadar, dengan keimanan dan perhitungan (semata-mata mengharap keredhaan Allah) diampuni Tuhan segala dosanya yang terdahulu” [Bukhari Muslim]

Adapun malam Qadar itu adanya pada sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan.
“Dari Aisyah r.a telah berkata : Bersabda Nabi s.a.w: Jaga-jaga lah malam Qadar itu dalam sepuluh yang akhir dari Ramadhan” [Bukhari Muslim]

Dan adanya malam Qadar itu iailah pada malam yang ganjil di antara malam yang sepuluh itu, iaitu malam 21,23,25,27 dan yang ke 29.
“Dari Aisyah r.a dia telah berkata: telah bersabda Nabi s.a.w: Jaga-jagalah malam Qadar itu pada malam yang ganjil di antara sepuluh malam yang akhir dari bulan Ramadhan” [Bukhari]

Keterangan lain mengatakan bahawa malam Qadar itu adanya sejak tanggal 17 bulan Ramadhan. Kerana pada malam itulah turun Al-Quran. Kalau ditakdirkan oleh Tuhan kita bertemu dengan malam Qadar itu maka perbanyaklah membaca doa meminta selamat dunia dan akhirat kerana saatnya hanya sebentar. Terutama sekali doa yang diajarkan Nabi kepada Aisyah r.a ketika Aisyah menanyakan doa apa yang akan dibaca bila bertemu dengan saat itu, maka Rasulullah s.a.w bersabda kepadanya, katakanlah :

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ اْلعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

[Alloohumma Innaka ‘Afuwwun, Tuhibbul ‘Afwa, Fa’fu ‘Anni]
Maksudnya “Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pema’af, Engkau Menyukai Pema’afan, kerana itu berilah ma’af kepadaku” [Riwayat Tirmizi]
Sumber : Fiqh Syafii

sumber di ambil dari lamab web PPIMI
http://ihyaramadhan.ppimi.org

Tuesday, July 13, 2010

you will be amazed ,subhanallah!

 just follow the instruction
insyaAllah, u will be amazed
kredit to amazingnara

Tuesday, June 1, 2010

we will not go down..

salam readers..
the last few days..
it has been so disastrous

apa yg aku tahu pasal Gaza, Palestin?
aku still ingat time tu kat KMB,first year lagi time tu.
kami kena g talk waktu petang (prep)
it's about palestin..time tu tahu la..tp blur2 lagi..
tiba2 time aunty penceramah tgh bagi speech, 
aunty tu naikkan suara, dia ckp lebih kurang cmnie la
'kalau saya ajak p perang pertahankan agama kamu semua boleh x?
satu hall diam...diam..gerun gila rasa time tue..
perang??oh tidak..tambah2 aku perempuan..
pastu aunty tu ckp
'korang nie x da semangat lagi nie..kena tanam semangat tue'

lepas baca psau makcik tu
baru tahu..dia penah pergi ke kem pelarian palestin
yang Israel penah pergi serang..bunuh pelarian tu..
ada seorang perempuan survive..
dia survive dlm timbunan mayat2 pelarian kat kem tu..
aunty ni x silap penah jumpa perempuan itu..
di situ mungkin kekuatan nya muncul..

masih teringat sewaktu Gaza diserang hebat Israel
tahun 2008..ingat lagi..europe tgh winter..
sebab time tu aku p holiday kat france..
before g holiday, x perang lagi..
sepanjang perjalanan tu, aku perasan ada sumthing wrong
as inbox tetiba full gila dgn news..tp x sempat baca
bila balik..then it was true..
subhanallah..

aku rasa, diri ini telah melalui pelbagai phase dimana
aku menyaksikan kekejaman Israel laknatullah
terhadap Palestin..
bermula dari sekolah..mungkin aku x amik pusing
bila di KMB, sgt teruja bila kwn2 bersungguh2 memperjuangkan Palestin
buat sharing session to know more about palestin
bila dah di oversea
baru clear di mata kenapa kita perlukan Palestin
kenapa Palestin tu tgjwb bersama..
subhanallah..my life is a journey..
journey to learn..
your life too my friends.

dh lama kan kekejaman ni berlaku..
apa yg kita dah buat?
kalau dah buat pun..mesti bermusim
paling teruk, x amik pusing langsung!
masyaALLAH!
aku pun sedar, aku x la terlalu into this
tapi bila baca pendapat org lain..
kisah Palestin ini
memang sebenarnya menuntut kita menjadi Islam sebenar
bukan islam bermusim
kena faham islam tu..kena tanam tekad di dada..
kita hidup ada tujuan!

orang2 Palestin tu mmg x takut mati
syahid lagi depa cari
sebab syahid tu, darah x cecah bumi lagi Allah dah bg depa masuk syurga!
sapa tak nak..tapi, berbaloilah dengan pengorbanan mereka
ingat lagi..pemimpin Palestin kata
'kami x kan minta muslim dunia tolong,itu tgjwb mereka
kami x kan tanya sekarang
tapi kami akan tuntut di depan Allah kelak!'
agak2 time tue la..nak jawab apa ek?
masyaAllah..jom jgn buang masa dan hidup kita lagI!

why Israel claim Palestin land is their's?
i dun know this for sure
but depa guna claim dari kitab depa yg Tuhan
telah janjikan tanah Palestin itu milik mereka
memang dlm Quran pun ada tulis
tapi ditulis hanya sebagai rujukan sejarah untuk ummat
di tulis untuk Allah menceritakan kisah bani Israel laknatullah itu

tanah Palestin diberkati Allah
tumbuhan kat situ memang hidup subur
my friends pernah ckp
perasan tak, kanak2 palestin x kurus kering mcm kt Afrika
even depa perang sana sini?
sebab tanah tue diberkati Allah
tumbuhan kat sana subhanallah, sangat subur
pernah tengok gambar strawberi kat sana
besar!subhanallah...and they said so sweet n juicy!

israel dikurniakan Allah kepandaian
satu kelebihan yang mereka miliki
dan Allah cakap, orang berilmu akan diangkat 
darjat mereka di dalam masyarakat

nak lawan Israel..memang..
ummah kena bersatu, kena faham Islam tu
kita ni..anak2 muda yg akan control dunia nanti
yang akan terajui Malaysia kelak
walaupun pemimpin sekarang x faham
sekarang dah jadi tugas kita untuk fahamkan diri sendiri
supaya nanti bila zaman kita pegang pemerintahan
kita akan berjaya kembalikan kegemilangan Islam

believe in Allah..
dalam tulisan 'mana tuhan kamu' oleh akhi hilal asyraf (langit ilahi)
aku dikuatkan keyakinan untuk terus berjuang
jangan pernah menyerah

sejauh mana saya,kamu dan kita2 nie mampu tolong?
mulalah dengan mengenali Islam itu sendiri
lega di hati kerana ramai yang sedar kepentingan untuk bersama2
bangunkan Islam, betulkan aqidah
tanggungjawab kita utk mengajak orang lain faham juga

istiqamah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan
if nak berdakwah, konsisten dan sistematik
if nak boikot, jgn hangat2 tahi ayam
fahamkan terlebih dahulu kenapa kita buat benda tu
jangan sebab orang lain buat, kita follow je


isu Gaza bukan isu kekejaman dan kemanusian semata
ianya satu platform aqidah ummat untuk dikaji
apa yg kita buat sewaktu saudara kita sengsara?

Allah x pernah perlukan kita untuk menangkan Islam
tapi Allah bagi kita peluang untuk menolong
untuk kita kejar syurgaNya
marilah dekatkan diri dengan Allah

ni ada bacaan Qunut nazilah
Qunut ni di baca oleh Rasulullah sewaktu pembunuhan 
60 orang hafiz Quran pada zaman baginda

like what akhi hilal said
Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita.
Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT.

like what bolgger kereta mayat said
Hari manusia di selamatkan adalah hari ini,
dan hari ini telah berlalu separuh hari
akan masa dan usaha untuk buat usaha
menyelamatkan diri kita dari api nereka,
esok belum tentu kita hidup..,
maka gunakanlah baki hari ini
untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka.
keepfighting



Thursday, May 6, 2010

semua2 Allah tolong~

subhanallah
besar kan kuasa Allah tue
we never appreciate them
like really2 appreciate them!
hmmm......

btoila kata2 Allah
nikmat yg manakah yg kau dustakan
hmm...
subhanallah..
moga Allah tetapkan hatiku dan hatimu
tetapkanlah kami di jalan Mu ini
berkatilah hidup kami
redhakanlah kami
dekatkan lah hati-hati ini
dengan hatiMu..

I ALWAYS NEED YOUR HELP YA ALLAH
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
LAILAHA ILLALLAH
ALLAHU AKBAR

keepfigthing

Thursday, April 8, 2010

just words..meaningful words..

Hari manusia di selamatkan adalah hari ini,
dan hari ini telah berlalu separuh hari
akan masa dan usaha untuk buat usaha
menyelamatkan diri kita dari api nereka,
esok belum tentu kita hidup..,
maka gunakanlah baki hari ini
untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka.

from blogger keretamayat

Tuesday, March 30, 2010

amboi..sibuk sangat ke?

subhanallah
alhamdulillah
laila ha illallah
allahu akbar

takbir tasbih dan tahmid
memuji kebesaran Allah

dah lama rasanya x menulis di sini
alhamdullillah
minggu exam sudah berlalu untuk Mac ini
aku syukur untuk segalanya
thank you ALLAH

nikmat Allah

tahu kan
bahawa kesemua nikmat yang kita dapat
kesihatan, kesenangan, senggang masa
umur remaja, kedudukan dan kuasa
akan ditanya kelak

kemana umur muda mu dihabiskan?
ke mana wang mu dihabiskan?
kemana sihatnya badanmu digunakan?

adakah kamu manfaatkannya untuk jalan Allah?
membantu agama Allah?
atau

kamu bersangka, bahwa kamu x kan ditanya
maka umurmu dihabiskan dengan bersuka ria
masa mudamu digunakan untuk mengetahui
tentang ilmu duniawi
ilmu akhirat?nantilah..tunggu tua
waktu sihat sibuk menghiburkan diri
tunggu sakit baru ingat Tuhan
time banyak masa
pergi karaoke, pergi main bowling
time busy of course xsempat nak perbanyak ibadah
dengan alasan busy
tapi time ada masa
oh!inilah masa untuk aku rileks..

pesanan utk diri dan kawan2 ku
berat sebenarnya tanggungjawab kita
x cukup hidup hanya dengan belajar 24 jam
tp kenapa itu yg terjadi?
sebab manusia nampak reward dia di dunia
if stad banyak, dpt first class
tp lupa akan hari yg lebih kekal
yg lebih wajar untuk kita berusaha
mencari ilmu akhirat itu

tak kisahla sesibuk mana pun kita
kita kena ingat
apa tugas kita sebenarnya
kita bukan boleh neglect tgjwb kita
IT IS OUR RESPONSIBILITY!

tolongla jangan pandang akhirat tu
sebelah mata
buat2 macam tak da hari pembalasan tu
di mulut mengaku
tapi perbuatan
hmm...fikirlah kawan2..

saya yg menulis pun sedar
kadang2 bila ada kekangan
mudah utk melepaskan tgjwb sebagai
khalifah di bumi Allah nie

tp ingatla, if kita tolong agama Allah
Allah akan tolong kita

mungkin kita boleh mula dengan
memperbanyakkan bacaan agama
banyakkan baca al-Quran
dan maksudnya
faham didalam hati
rasa bahawa Allah sampaikan isinya
untuk kita

dari situ
joinlah usrah2 yang ada
cuba curi masa sikit
insyaALLAH
kelapangan masa yang Allah akan bagi nanti
kita x kan tahu bila
if kita luangkan masa senggang
yang sedikit itu untuk agamaNya
Allah akan balas dengan cara yang kita
pun x sangka

insyaALLAH..
ALLAH akan tolong
banyak mana pun masalah kita
cuba kita luangkan sikit tolong agama
mana tahu
Allah akan tolong kita nanti
Allah adalah sebaik2 penolong
insyaALLAH

jangan pernah kata kita nie busy sangat
sampai x da masa nk wat kerja2 agama
xda masa nk tambah iman
takda masa nk dengar ceramah agama
nk pergi pengisian agama

if anda bagus sorang2
boleh bangun Qiamulail sorang2
boleh maintain iman sorang2
silakan..
tapi..bohongla sangat
klo encik hamka keretamayat kata
dia benci gila
orang perasan sibuk nie..

jom..
kita cuba sikit2..
if esok kita mati
ada juga cara kita bantu agama ALLAH
ada bukti kita care dgn agama kita

moga Allah permudahkan
urusan setiap hambaNya




Thursday, March 25, 2010

doctor dan penjenayah

salam

td baca blog encik hamka keretamayat
tajuk entry is 'anak zina'

dia ada cerita pertemuan dia dgn
seorang doktor islamic nie
selepas berbincang mngenai
kekuasaan Allah dalam proses mengandung
doktor ni bangkitkan isu mengenai
terlalu ramai anak gadis
yang mengandung anak luar nikah

it was so sad...

tp apa yg terkilan oleh penulis is
dia x sempat nak dengar doktor islamic tu
bagi penyelesaian mcm mna
nk tolong umat
sebab doktor tu busy

pastu encik hamka pun ada cerita
pasal setiap pekerja kt hospital tu
nurse,doctor, attendant bla2..
kena layan sama rata semua pesakit

klo yg datang tu ditembak polis
kena gak jalankan procedure
menyelamatkan nyawa dia
xle discriminate

klo nanti yg datang kat kita is
a 16 year old girl nak beranak anak luar nikah
itu tanggungjawab kita untuk tolong dia
(hamka ada kata, budak perempuan nie
baru first period, dah mengandung.
huhu..sedeh sangat dengar)

dalam kisah Rasulullah pun ada
cara bagaimana baginda layan
tetamu yg jahat

''
Aku teringat kisah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Aisyah RA,
yang mana apabila datang seorang yang jahat ke rumah baginda,
dan Nabi suruh Aisyah berlindung dalam rumah
sebaik sahaja ketibaan tetamu ini.
Di sebalik dinding Aisyah dapati nabi melayan tetamu
yang di katakan buruk perangai ini dengan baik sekali…

Apbila tetamu pulang, Aisyah RA tanya Nabi Muhammad SAW
kenapa layan orang yang ‘jahat’ itu begitu baik?
Lantas nabi bersabda lebih kurang maksud:

“Tak kan kerana kejahatanya, aku nak kena buang akhlak baik aku?”

so as future doctors
kita kena berhikmah la dalam pekerjaan kita
gunakan pengaruh kita untuk
jadikan umat masyarakat sekarang nie
jadi lebih berguna
mari sama2 tarbiyahkan diri
jangan selesa dengan hanya berseorangan
kerana iman anda xkan kuat sorang2..

doakan moga umat ini akan sembuh
dari luka dan penyakitnya

" Hai orang-orang mukmin, jika kamu bantu (agama) Allah,
niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan
kedudukanmu"( Surah Muhammad; 47:7)


Ps: Sebenarnya, Allah tidak perlu pertolongan kita
untuk membantu ugamanya,
tapi Allah ingin muliakan manusia dengan
memberi peluang ‘membantu’ ugama Allah
dan sebagai janjiNya: Allah akan Bantu manusia…

Monday, March 22, 2010

blog best

salam semua!

tadi browse2 mencari sesuatu mengenai..
ape ek? x ingatlah..
dan akhirnya bertemulah diriku
dengan blog yang for me
sangat terbaik!

blog name : kereta mayat
pendekatan penulis yg diberi nama Hamka nie
mmg sgt best. dia rasanya pernah jadi Ustaz.
but not too sure.
tapi best la.
ayat penulisan dia sangat x formal
sesuai juga dgn jiwa nie
straight forward point
and sangat bestla.
terkesan di hati~

banyak hal yang dikaitkan dengan Islam
dari hal dunia, politik hinggalah
ke kes kehilangan anaknya sendiri
dan kes rumah tangga.

ulasan beliau sangat membuatkan org
berfikir.
jika anda peminat blog ustaz hasrizal
mungkin blog ini jauh bezanya

tapi dari sudut apa yg ingin
disampaikan
tersampai dengan jayanya!

before baca blog dia
baca la dulu warning2 kat tepi blog
kot2 nanti rasa x seswai plak dengan diri anda.

give it a try!
link ada disebelah kanan

sekian

Friday, March 19, 2010

kalau semua dh ditentukan, x payah la nak berusaha jadi baik!

Soal Jawab Agama oleh Bersama Dr. Amran Kasimin

Memang nasib seseorang itu ada kaitan dengan qadak dan qadar yang telah ditetapkan oleh Allah subhanahu wa taala. Walaupun demikian, ia juga ada kaitan dengan sebab musabab yang dilakukan oleh manusia. Orang yang bekerja keras untuk menyara hidup diri dan keluarga, tetapi gaya hidup menghapuskan semua hasil yang diperoleh juga boleh menyebabkan seseorang itu miskin walaupun dia terus menerus bekerja termasuk di bulan puasa.
Ahli sunah wal jamaah berpendapat bahawa semua yang terjadi di dunia ini telah ditentukan oleh Allah. Dalam surah al-Hadid: 2, terdapat firman Allah: Tidak ada sesuatu bencana yang terjadi di bumi dan tidak ada pula yang terjadi pada diri kamu melainkan itu ada dalam kitab sebelum Kami laksanakan berlakunya. Bahawasanya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Yang dimaksudkan dengan kitab di sini ialah lohmahfuz.
Lebih jelas dikatakan di sini bahawa setiap sesuatu itu telah ditakdirkan oleh Allah terlebih dahulu. Suratannya telah tercatat di Lohmahfuz. Itulah yang dinamakan sebagai qadak dan qadar Tuhan.
Dalam surah an-Nahl: 61 terdapat firman Allah: Dan kalau Allah menghukum manusia kerana kezaliman mereka, nescaya tidak ditinggalkan di muka bumi makhluk yang hidup, tetapi Allah memberi mereka janji hingga waktu yang ditetapkan. Maka apabila tiba ajalnya, maka tidak ada seorang pun yang dapat mengundurkannya dan juga tidak ada yang dapat mendahulukannya.
Dalam surah Hud: 34 pula dijelaskan tentang nasihat-nasihat Nabi Nuh kepada kaumnya yang ingkar perintah Allah. Nasihatnya tidak sedikitpun memberi faedah kepada salah seorang daripada kaumnya apabila Allah telah mentakdirkan seseorang itu sesat.
Hal demikian memperlihatkan bahawa nasihat yang diberi oleh Nabi Nuh itu tidak boleh mengubah takdir apabila Allah tidak mengubahnya. Di sini jelas menunjukkan bahawa Allahlah yang menentukan jalan hidup seseorang hamba.
Dalam surah at-Taubat: 51 pula dijelaskan bahawa Allah memerintahkan kepada Nabi Muhammad supaya memberitahu kepada orang fakir yang tidak percayakan kepada takdir Allah bahawa sesuatu nasib yang menimpa manusia itu telah ditakdirkan oleh Allah sebelumnya, yang tidak dapat dielakkan lagi. Kerana itu, setiap orang perlu berserah kepada Allah sepenuhnya dan menerima dengan rela di atas takdir yang telah ditentukan.
Begitu juga dengan kejadian alam yang lain, yang terdiri daripada binatang-binatang dan manusia. Dalam surah Hud: 6, terdapat firman Allah: Dan tidak ada sesuatu haiwan yang melata di muka bumi, melainkan Allah yang memberi rezekinya. Dia mengetahui tempat tinggalnya (di dunia) dan tempat penyimpannya di akhirat, semuanya telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz).
Berdasarkan keterangan ini, Allah yang memberi rezeki manusia, memberi makanannya dan menetapkan berapa lama mereka akan hidup di dunia. Manusia hanya menjalani takdir Allah juga.
Kepandaian manusia hanya menanam, memasukkan benih dalam tanah hingga tumbuhan hidup subur dan boleh dimakan. Namun yang menghidupkan tumbuh-tumbuhan yang sebenar adalah Allah jua, manusia tidak mempunyai keupayaan untuk menghidupkannya.
Dalam sebuah hadis daripada Abdullah bin Masud, beliau berkata Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Bahawasanya setiap kita dihimpunkan kejadiannya dalam perut ibunya selama 40 hari berupa nutfah (air mani), kemudian bertukar menjadi segumpal darah, lalu menjadi segumpal daging. Lalu dikirimkan kepadanya malaikat dan ditiupkan padanya roh. Diperintahkan malaikat itu supaya mencatatkan empat perkara, iaitu rezekinya, ajalnya, pekerjaannya dan untung buruk atau untung baik.
Baginda ada bersabda: Demi Allah yang tidak ada Tuhan selain-Nya, sesungguhnya seseorang daripada kamu boleh beramal serupa amalan penduduk syurga, sehingga jarak antaranya dan syurga hanya sehasta lagi, tetapi suratan takdirnya mendahuluinya, lalu dia melakukan perbuatan penghuni neraka menyebabkan dia masuk ke sana. Dan sesungguhnya salah seorang daripada kamu ada yang beramal dengan amalan ahli neraka, sehingga jarak antaranya dan neraka hanya sehesta tetapi, suratan takdirnya mendahului dia, lalu dia beramal seperti amalan penduduk syurga dan dia akhirnya dimasukkan ke syurga - (Riwayat Bukhari dan Muslim.)
Ada orang yang melakukan kebaikan ketika hidupnya, tetapi ketika dalam keadaan sakaratul- maut ia berubah menjadi kafir seperti yang telah ditetapkan oleh takdir untuknya, maka masuklah dia ke neraka. Begitulah sebaliknya, iaitu orang yang jahat ketika hidupnya tetapi pada akhir hayatnya dia menjadi manusia baik-baik, bertaubat, kembali menjalani jalan yang benar dan taubatnya diterima Allah, maka dia pun masuk syurga seperti yang telah ditetapkan oleh takdirnya.
Dalam sebuah hadis daripada Sayyidina Ali, beliau ada berkata, pada satu hari baginda duduk. Di tangannya ada satu batang kayu yang digunakan untuk menggores-gores. Baginda mengangkat kepalanya lalu berkata: Setiap daripada kamu yang bernyawa telah ditetapkan tempatnya di syurga atau neraka. Lalu bertanya para sahabat: Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah. Adakah lebih baik kita bertawakal sahaja.
Mendengarkan kata-kata sedemikian rupa baginda bersabda: Jangan! Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Percayakan takdir itu penting dalam kehidupan manusia, kerana ia membolehkan manusia menerima qadak dan qadar yang telah ditetapkan dengan rela hati. Tidak ada orang yang boleh menyanggah ketetapan Allah yang mahukan setiap hamba itu reda dengan ketentuan-Nya.
Dalam surah al-Hadid: 23 dijelaskan bahawa reda terhadap ketetapan Allah itu bertujuan supaya manusia jangan bersedih hati atas sesuatu yang hilang dan jangan pula terlalu gembira dan sombong diri berpunca daripada anugerah Allah. Allah tidak suka orang yang sombong dan membanggakan diri.
Takdir terbahagi kepada beberapa bahagian, di antaranya ialah takdir yang ada dalam pengetahuan Allah, di mana Allah telah mengetahui apa akan terjadi sama ada di dunia atau akhirat tidak ada yang tersembunyi, biarpun ia belum berlaku. Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu (al-Baqarah: 29). Takdir seperti ini tidak berubah yang diistilahkan sebagai qadak mubram ataupun takdir yang pasti (Qaf: 29).
Seperti yang dijelaskan bahawa takdir atau ketentuan untuk makhluk itu telah dituliskan pada lohmahfuz. Bagaimanapun, takdir ini masih menerima perubahan, kerana ada takdir yang tertulis di situ yang sudah tetap dan ada takdir yang belum putus yang diistilahkan sebagai takdir muallaq.
Sebagai contoh, seseorang itu menurut takdir akan mati ketika berumur 69 tahun, tetapi kalau ia sentiasa menjaga kesihatan dan berubat apabila sakit, umurnya ditambah menjadi 10 tahun lagi. Dalam surah ar-Ra'd 39 terdapat firman Allah: Allah menghapuskan apa yang dikehendaki-Nya dan menetapkan apa yang dikehendaki-Nya dan pada sisi-Nya adalah Ummul Kitab.

Menurut tafsir al-Qurtubi, semua takdir Tuhan yang telah tertulis di lohmahfuz boleh dihapus oleh Allah kalau dikehendaki oleh-Nya ataupun ditetapkan terus sesuai dengan kehendak-Nya.
Yang boleh mengubah takdir yang tertulis di Lohmahfuz itu ialah doa dan perbuatan baik. Dalam sebuah hadis Tirmizi dijelaskan: Tidak boleh diubah takdir kecuali doa, dan tidak ada yang boleh menambah umur kecuali perbuatan baik.
Sayyidina Omar al-Khattab ketika tawaf di Kaabah menangis sambil berdoa: Ya Allah, andainya Engkau takdirkan daku termasuk dalam lingkungan orang yang berbahagia, maka tetapkan daku di situ, tetapi andainya Engkau telah mentakdirkan daku termasuk dalam golongan orang yang celaka juga orang yang berdosa, maka hapuskanlah takdir itu dan masukkanlah daku dalam golongan orang yang berbahagia dan memperoleh keampunan. Engkau menghapus apa yang Engkau kehendaki dan menetapkan apa yang telah Engkau kehendaki dan pada sisi-Mu Ummul Kitab.
Dalam membicarakan usaha dan takdir ketentuan Allah, setiap orang mempunyai tugas masing-masing. Takdir itu adalah masalah iktikad atau kepercayaan. Allah memerintahkan kita supaya percaya kepada takdir. Manusia tidak tahu apa yang telah dan akan ditakdirkan untuk kita. Allah sendiri pun tidak pernah memberitahu apakah kita termasuk dalam golongan orang baik-baik, orang kaya atau miskin selalu, biarpun puas berusaha di sepanjang hari termasuk ketika bulan Ramadan.
Apa yang kita ketahui ialah adanya perintah daripada Allah dan rasulnya supaya kita beriman kepada Allah dan beramal saleh sambil berdoa supaya dijauhkan daripada seksa. Beramal dan berusaha bukan bererti melawan takdir, tetapi termasuk juga dalam takdir.
sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2001&dt=1223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_05.htm&arc=hive
pesanan:
kiranya tiada alasan utk kita tidak berusaha ke arah
kebaikan. semuanya bergantung kepada diri sendirii~

Monday, March 15, 2010

terima daku ya Allah..



munajat seorang hamba-hijjaz
http://www.mediafire.com/?bwozyj1gyxw

Dikala malam sunyi sepi
Bani insan tenggelam dalam mimpi
Musafir yang malangini pergi membasuh diri
Untuk mengadap mu oh tuhan

Lemah lutut ku berdiri
Di hadapan mu tangisanku keharuan
Hamba yang lemah serta hina
Engkau terima jua mendekati
Bersimpuh dibawah duli kebesaran-Mu

Tuhan hamba belum pasti
Bagaimana penerimaanmu
Dikala mendengar pengaduanku
Ku yakin kau tak mungkiri
Dalam wahyu yang Kau nuzulkan
Kau berjanji menerima pengaduanku

Dan Kau berjanji sudi mengampunkan ku
Dari segala dosa yangku lakukan

Ampunan mu tuhan
Lebih besar dari kesalahan insan
Hamba yakin pada keampunanmu tuhan
Bukan tidak redha dengan ujian
Cuma hendak mengadu pada mu
Tempat hamba kembali nanti di sana


Saturday, March 13, 2010

memilih esok di hari ini~


salam

maybe sume familiar dengan quote tajuk entry nie.
imam hassal al bana ada cakap
'kita mempunyai lebih banyak tanggungjawab
berbanding dengan masa yang kita ada'

tanggungjawab apa ek?
-to parent
-to frens
-bdakwah (nie tgjwb suma muslim okey!)
-belajar
and the list go on..

tp, ada satu sifat yang menghalang hampir
semua manusia..iaitu
MALAS!!

malas nie mungkin x yah cerita
sebab kita ada je alasan utk distract kan diri dari wat kerja yang sepatutnya kita buat.

contohnya, kalo kna study la
baru seminit start, dah bosan ...
pastu, jari jemari pun mula mencapai tetikus
dan start la
'facebooking'
'blog walking'
'news reading'
'gossips sharing'
and bla..bla..bla..

pas2 sedar2 dah hampir sejam setengah dok
melaqha depan internet!
subhanallah~
alasan utk menghilangkan bosan sudah
bertukar menjadi perbuatan yang membuang masa

pas2, klo dah masuk time solat
bukan nk g solat dulu
'kejap la, lyan internet jap,
satg solat la..'
dah sejam baru la nak solat!
adus~

Dari Ibnu Abbas r.a., ia berkata, Rasulullah saw. bersabda,
Ada dua nikmat di mana manusia banyak tertipu karenanya:
kesehatan dan kesempatan
.” (HR. Bukhari)

bukankah solat tu menjadi hitungan
pertama time kita di masyar nanti?
lagipun,
Dalam sebuah hadith dinyatakan:

“Ada tiga perkara yang tidak boleh ditanggungkan iaitu:
1)solat bila telah datang waktunya,
2) jenazah bila telah terlantar dan
wanita janda yang telah bertemu jodohnya”.

(Riwayat At-Tirmizi dan Hakim)

then bila solat pun lambat,
maka kualiti solat pun hancur!
rakaat terlupa dah berapa,
dah baca al fatihah ke belom?
sujud dh berapa kali nie?
subhanallah!!
macam mana nk jadi orang terbaik nie?
kata je solat 5 waktu sehari,
tapi diri sendiri pun confius dengan
penerimaan Allah terhadap solat tu!

pengajaran:
perasan tak, klo kita start semua dengan
tak bagus, maka ending pun tak bagus kan?
kita lalai nak stad
kita lambat2 kan solat
the solat pun x sempurna
lepas solat,
minta doa pun ala kadar ja..
hmmm...

semua benda nie berkaitan
jangan bila musibah datang kat diri sendiri
kita tanya, apa yg dah aku buat utk aku dpt
musibah nie..
mungkin kita lupa..
ya! manusia memang mudah lupa!

tapi kalau Allah still bagi nikmat kat kita
kita terus akan lupa
apa kekurangan kita
kurang nak muhasabah diri
rasa diri dah kira ok la utk masuk syurga
alahai..
jangan pernah fikir
nak masuk syurga tu mudah!
nak survive medical school pun perit
ni nak survive dunia dan akhirat
kena banyak berkorban la!
lebih banyak dari pengorbanan anda utk study!
(tu pun klo berkorban la kan)

penyelesaian:
kena selalu muhasabah diri la
….Kami melimpahkan rahmat Kami
kepada siapa yang Kami kehendaki
dan Kami tidak menyia-nyiakan
pahala orang-orang yang berbuat baik.
Dan sesungguhnya, pahala di akhirat itu lebih baik
bagi orang-orang yang beriman
dan selalu bertakwa
.” ( Yusuf: 56-57)

x rugi orang yang selalu menilai prestasi diri
sebab dari situ baru kita akan sedar
kat mana kita berada sebenarnya

setiap perbuatan akan ada akibatnya

'Sesiapa yang beroleh hidayah petunjuk
(menurut panduan Al-Quran),
maka sesungguhnya faedah petunjuk
yang didapatinya itu hanya terpulang
kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang sesat
maka sesungguhnya kesan buruk
kesesatannya hanya ditanggung oleh dirinya juga.
Dan seseorang yang boleh memikul,
tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain
(bahkan dosa usahanya sahaja).
Dan tiadalah Kami mengazabkan sesiapapun
sebelum Kami mengutuskan seorang Rasul
(untuk menerangkan yang benar dan yang salah).

(surah al-israa' ayat 15)


'....Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi
(dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang
merugikan dirinya sendiri dan pengikut-pengikutnya
pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih
kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah
kerugian yang jelas nyata.”

(surah az zumar ayat 15)


terlalu banyak peringatan Allah utk kita
kita kena ingat semua tu
supaya nanti
kita tak kan mohon kat Allah
untuk dihidupkan semula
supaya boleh tambah pahala
jangan samapi Allah murka
sebab nauzubillah..kesannya
tak mampu ditanggung di akhirat kelak


(Lalu dikatakan kepada mereka:
“Oleh sebab kelalaian kamu)
maka rasalah azab seksa kerana kamu
melupai pertemuan hari kamu ini.
Sesungguhnya Kami pun tidak hiraukan
keselamatan kamu lagi;
dan (dengan yang demikian) rasalah azab yang kekal
dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”

(as sajdah ayat 14)


kita pun kena selalu la minta ampun kt Allah
kena selalu minta Allah bagi hidayah
sebab kita tak tahu bila kita mati
tak kan kita nak mati dalam kita
tak beriman sepenuhnya kepada Allah?
nauzubillah..
moga kita semua sentiasa berada di dalam rahmatNya
minta juga moga hari2 yang kita lalui
dipenuhi redha Allah

keampunan Allah tu seluas langit dan bumi
Di dalam sohih Muslim tercatat : Firman Allah Ta’ala ( maksud ) :
Sesiapa yang mendekatiKu sejengkal
maka Aku akan mendekatinya sehasta.
Dan sesiapa yang menghampiriKu sehasta
maka aku kan menghampirinya sepemeluk
dan sesiapa yang datang kepadaKu dalam keadaan berjalan maka
Aku akan kepada dalam keadaan bersegera.
Dan sesiapa menemuiKu(selepas mati) dengan dosanya sebesar bumi
tetapi tidak syirik padaKu dengan sesuatu nescaya
Aku akan menemuinya dalam keadaan mengampuni dosa sebesar bumi itu
.


jadi marilah kita muhasabah diri
moga hari esok lebih baik dari hari ini
sebab Allah bagi peringatan keras kat kita
supaya kita takut padaNya
jangan buat dosa
dan lepas tu
Allah sudi ja nak bagi pengampunan
kat hamba2 Dia..

Katakanlah (wahai Muhammad):
“Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas
terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah,
kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa;
sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(az-zumar -ayat 53)

subhanallah! besarkan kasih sayang Allah kat kita?
so, jgn berlengah lagi!
grab hidayah dan kesempatan ini sebaiknya
sebab mungkin esok kita akan mati
sekian~

Wednesday, March 10, 2010

an awaken text..subhanallah!

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.

Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

Maksud Hadith Rasulullah S.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripada kalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARIIsnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapa
pemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan
orang Islam di negara ini.

Taklimat berlangsung selama empatjam setengah. Pada pagi Selasa, saya telah dipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkan taklimat yang hampir
sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimat mengenai
bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggu
keputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang India
beragama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar
kepada Lina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi
Jabatan Pendaftaran Negara tidak dapat memadamkannya kerana tiada
perintah daripada Mahkamah Syariah... Lan taran itu, beliau telah
mencabar ke Mahkamah Persekutuan berasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan
Persekutuan yang menyebutkan bahawa tiap-tiap individu rakyat Malaysia
berhak memilih agamanya sendiri (Every person has the right to profess
and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua Hakim
Negara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian.
Jika dalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia
membawa implikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii)Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagi
kutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya.
Itulah akibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu.
Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan. Majlis Agama pun dilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripadaIslam tiada. Ini berbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta ,peguam/pemerhati daripada Kedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Ia belum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah saya melaporkan perkara
ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara kata tidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telah menjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam di
Singapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang
Melayu di Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah
hari percuma pada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya
mereka leka dan tidak pergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda
Melayu pergi ke gereja di Brickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi saya
dicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang
memeluk agama Hindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber :
jangkaan Persatuan India Muslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis,
belia-belia Islam yang menganggotai black metal, yang memaki Tuhan
sudah ada 13,000 hingga 14,000.. Orang yang ikut Ayah Pin yang
mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah 14,000 orang. Ini yang
menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah
paderi-paderi menunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di
pintu gereja. Mereka memberi khutbah dengan terancang dan profesional
sehingga orang boleh yakin dengan cakap-cakap mereka. Selesai majlis,
mereka tunggu di pintu gereja dan mengucapkan selamat. Mereka suka
bertanya khabar dan suka ambil tahu dan sering tawarkan pertolongan.
Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secara tidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka
masih kuat. Dalam keadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan
penyebaran salam dan kuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat
suci Al-Quran di dinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa
Arab. Itu ketika Komunis berkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat
bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1)Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun
mereka berjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam.
Untuk itu mereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam.
Mereka juga wujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2)
Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran
Islam liberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada
sumber yang sama iaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam
diterjemah dalam mesej ketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza
sesuai dengan bangsa dan keturunan Nabi.. Tegas mereka, kitab-kitab
suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia boleh dipinda dan ditafsirkan
semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudi dan diterima
oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecah kepada
berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab Roman
Katholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula
yang dibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke Indonesia .. Mereka menguasai
universiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS
dengan berbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian
Islam di universiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi
penuntut. Kini sudah ada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki
sesama lelaki itu sah. Faraid dan Hudud sudah tidak relevan dan harus
dibuang. Ini pun hampir difatwakan akhir-akhir ini oleh Majlis Agama
Indonesia .. Ia sedang berkembang kerana tulisan-tulisan ini dipelopori
oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yang liberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalam akhbar-akhbar berbahasa
Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalam akhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform dengan ditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman. Kasim Ahmad pun sekarang sudah diberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3
murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pula kalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban dan mengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabi kita dan Islam pada amnya.

Allahjadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkan
ukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa ada rakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu, sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dan kaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindu sedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya, ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hindu ini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yang diHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkan agama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau
pihak kerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran dan Sunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individu Muslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaitu yang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami,
gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapa di
Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat,
tetapi mungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada
malam kejadian itu, ada permainan tari menari dan pesta minum arak di
pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika
anda masih seorang Islam tolong sampaikan kepada seramai umat Islam
demi kepentingan Islam dan survival generasi akan datang..

p/s : terpulang kpd anda utk percaya atau tidak. saya x dpt pastikan kesahihan text nie. tp ambil pengajaran dan jgn lupa bahawa setiap kita akan ditanya apa yg kita dah buat utk agama. jgn iggt hanya duduk saja boleh menyelesaikan masalah.


'IF YOU ARE NOT PART OF THE SOLUTION,
YOU ARE THE PROBLEM!'