BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts
Showing posts with label pengetahuan am. Show all posts

Thursday, September 30, 2010

wang haram?

Para ulama telah membahaskan persoalan penerimaan sumbangan, derma atau menikmati juadah makanan dari individu yang mempunyai pendapatan bercampur antara halal dan haram. Majoriti ulama telah sepakat bahawa selagi mana harta si pemberi itu bercampur selagi itulah kita orang biasa boleh menerima hadiah, sumbangan, derma, menikmati makanan yang disediakan mereka.

Hal yang sama terpakai untuk sesebuah syarikat dan kerajaan, selagi sumber perolehan mereka bercampur, selagi itu HARUS untuk kita menerima gaji atau upah atau apa jua dari kantung mereka, selagi tugas dan cara kita memperolehinya adalah betul. Itu adalah hukum untuk orang biasa, maka jika penerima itu adalah warga yang memerlukan seperti faqir dan miskin, ia sudah tentu jauh lebih jelas KEHARUSANNYA. Malah terdapat dalil yang jelas berkenaan keharusan terbabit. Kes yang sama terpakai untuk kerajaan pusat yang menerima sumber pendapatan dari sumber judi, riba, arak, babi, rumah urut pelacuran dan sebagainya.  Selain itu, juga turut menerima sumber halal seperti hasil minyak, jualan komoditi dan sebagainya

selanjutnya di sini klik  dari ustaz zaharuddin




“Aku ada jiran yang memakan riba dan dia selalu menjemputku makan”. Jawab ‘Abdullah bin Mas’ud: “Engkau dapat makan, dosa ditanggung olehnya”. (Musannaf ‘Abd al-Razzaq, bil: 14675).
Dalam riwayat al-Baihaqi,
seseorang bertanya Ibn ‘Umar bahawa beliau ada jiran yang memakan riba atau mempunyai pekerjaan yang haram, kadang-kala dia jemput makan, bolehkah hadir?. Jawab Ibn ‘Umar: “Ya” (al-Sunan al-Kubra, bil: 11138).

klik di sini untuk ustaz maza

Saturday, September 18, 2010

tentang puasa enam



Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)



Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal
Oleh - Dr Abdul Basit Abd Rahman
Sumber : Berita Harian, 9hb Oktober 2008


HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairahberkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)


Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.


Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)


Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.


Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.


Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.


Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.


Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."


Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."


Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.


Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.


Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.


Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.


Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Tuesday, August 3, 2010

video kenangan baling's crews~



video ini untuk semua yg terlibat..
ni koleksi peribadi saya..
nanti dah dpt gmbar dari 3 unit d-slr,
insyaAllah akan di usahakan video yg baru~

baling's journal :: part I :: thank you

salam semua!!
wah, tengok tajuk pun dah tahu entry kali nie pjg sket
anyway,alhamdulillah..syukur!
kerana projek baling berjaya dengan jayanya~yeay!!!

berkampung selama smngu di Kg Iboi
it really paved an interesting, memorable experiences
it was an experience of a lifetime i will say~
last year join gak baling team
tpi jadiorg bawahan je,
so x taw la betapa susah n payahnye menguruskan hal nie

i am very blessed to be working with such a great team!
in this entry, i would love to thank all my team mates
u all really made my days~

pengarah
well, to pengarah..tek terungkap dgn kata2..haha!
i know u since KMB (kita sama2 pembahas time sek men)
so bila tau hg pgarah,kira ok r..
pastu..jeng..jeng..jeng...haha!
xde apa la..
encik suhaimie nie mmg berdedikasi
as mission ni merupakan personal aim beliau
jadi he tried his best to run everything smoothly
maaf sbb aku slalu keras kepala~heeee!
sori ye boss!

s/u kerja rasyid
well, wpun hg xmai time projek, tp kerjasama mu 
ku ucap thank you! 

s/u agong fiza fasya
namamu sungguh lah glamour
se glamor orgnye
akak rasa gmbar awak (single in picture)
ada dlm semua kamera termasuk akak~heheheee
nway,thanks for keep asking me on what to do 
and setia men'text' semua crews!arigato!

treasurer aisya razak
thanks a million kerna mengutip duit2 semua org!
thanks juga sbb sudi berfamili angkat dgn akak
and 1 more..
thanks sbb slalu bg akak dok depan bila naik kereta
plus sudi mndengar akak dok mengomel bla bla dlm blik!hehe~

unit dana
to azie,farah,samha n jihan
thanks for duit donation yg sebanyak itu!
korang mmg terbaik~
to azie,nnti hang kna ajaq aku cara mengambil hati budak2!heheee
aku sampai kesudah x reti~

unit module
to iyein,natrah,hanis,syidah,muaz
korang mmg ble diberi unit terbaik~
wpun natrah n iyein di tarik ke unit ini
korang berjaya gak buat yg terbaik
bg aku, flaws sgt sikit jika nk dibandingkan dgn kejayaan korang
so,to iyein,pls accept penghargaan ikhlas dari lubuk hati aku..
hahaaaa~ 

unit peralatan
to syazwan : hahaaaaa! sbelom aku menulis..tringat ja kt hang mesti kna gelak dulu!hahaaa!
aku ngan aisyah mmg x larat gelak r masa naik kereta ngan hg
thanks sbb menjadi driver yg bagus!
free2 aku dpt driver naik kereta vios~
sori klo aku terkomen berlebihan tatkala sesi pemanduan dijalankan!
wpun dari segi kelajuan pemanduan hg adalah no 3 selepas mie dan adlan
namun hg adalah driver paling cool~
(sbb dlm kereta depa aku mana ble dok hingaq2..hohooo,kena bersopan santun)
to jenal : sori hari tu aku mencari hg time motivasi
hope hang dpt la habiskan buku yg setebal alam itu
(bagus le,sebab aku mmg x ska membca..respect!)
to nasreen n syakie: thanks jugak sbb menolong unit ini 
dan sudi hadir bagi membantu menyemarakkan lagi projek
(hahaa~macam menyemarakkan api le plak!)

unit motivasi
to siti,farah,azie,nana:
sori sebab rmai unit korang yg tarik diri
so tinggal la beberapa kerat nie..
thansk sesangat n sori for any inconvenience!
to fahmie: sori aku tegur psai attire~
and thanks a million for the talk! ble aku jemput lg pasnie..

unit tekno
to fiq n izni: thanks a lot~
sori if kadang2 dok kejan hg ka
kami semua menanti gambaq!!!!

unit logistik
to akmal,aisyah,gg,faiza
thanks n sori klo korang pun blur dgn tugas korang
sbb byk juga kekangan yg wujud..
tp alhamdulillah,semua settle!
to aisya rahman: awak ble akak lantik jadi life saver akak ble?
klo dah gian nk mandi,pls jgn terjun sg klang ke ,gombak ke..
heheheeee...meh le kedah lagi~

to all people yg nama sy x state kt sini
maaf dipinta
and
terima kasih yg tidak terhingga saya ucapkan~

there're so many things to say bcoz
there were so many experiences have been created
moga jalan yg kita jejaki ini
bakal dan mampu meniggalkan kesan utk semua

ingt pesan
jgn lupa contact foster family
jgn lupa membantu pnduduk d baling
teruskan usaha kita untuk mmbantu masyarakat

selaku orang kedah
if korang mai kedah lagi
dunnot hesitate to contact me
rumah saya dekat sesangat dgn main terminal bas di alor star

moga ukhuwwah ini berkekalan
keep in touch okies!
halal kan semua duit korang~
maafkan segala salah silap,terkutuk,termengumpat ke
hehee~maaf sesangat!

that's all for now!
wait for part II 

ni video yg aku wat..tp x jadi nak bg..
so ble la nak tgk2...



keepfighting!

Tuesday, July 13, 2010

you will be amazed ,subhanallah!

 just follow the instruction
insyaAllah, u will be amazed
kredit to amazingnara

Monday, July 5, 2010

i'm up for GERMANY of course!

salam to all,
wah..alhamdulillah!
my trip to KL went smoothly
credit to hanis nor nasaruddin yg bersama2 merempuh kepayahan dan kesusahan semasa di KL

first ada meeting di KL sentral mengenai Baling Mission
then we headed to makcik's home kat bangi
then we met with yan,azira,farahwa
overnight kat citin hotel masjid jamek

we went to kak nida's house
on the nikah night and the solemnization day
she was really pretty,gorgeous,beautiful!!
love the dress~

nida n husband (nikah)


seronok tgk orang kawen!hehe!
both of them are my seniors dekat cork

ni kanak2 riang cork!

after wedding, mlm tengok bola
german vs argentina dlm hotel
what a game!
i am up for GERMANY of course~
who's with me??hehe~


kenapa german?
well, mesti ramai yg sokong germany sebab depa nie cam best
apart from that all i can say is
depa main dgn penuh team spirit
depa x tamak bola and x rasa nk tunjuk terer
(sebab time WC nie la banyak club2 nk beli pemain, so semua nk tunjuk terer la~)
banyak pass around to those yg free utk bg gol
players germany mempunyai larian yg sgt laju
that's why depa punya jaringan banyak bermula dari counter attack
they can score a goal with just 2 people at the penalty area
they have a very good ,superb finishing..
most of the team x da benda nie.
depa ble control bola (possession) but finishing hampeh~
germany ada very good,skillfull player
to name few

Lukas Podolski
my favourite is 

another interesting fact of germany is
their current national team nie, semua main utk liga germany
sorang je main utk manchester city..so liga depa mmg berkualiti r!

so, gudluck spain for the upcoming match~
and godluck to netherland and uruguay too!

my next upcoming event is baling mission
banyak lagi yg x settle
so keep on working guys!
till then~

keepfighting!

Tuesday, June 1, 2010

we will not go down..

salam readers..
the last few days..
it has been so disastrous

apa yg aku tahu pasal Gaza, Palestin?
aku still ingat time tu kat KMB,first year lagi time tu.
kami kena g talk waktu petang (prep)
it's about palestin..time tu tahu la..tp blur2 lagi..
tiba2 time aunty penceramah tgh bagi speech, 
aunty tu naikkan suara, dia ckp lebih kurang cmnie la
'kalau saya ajak p perang pertahankan agama kamu semua boleh x?
satu hall diam...diam..gerun gila rasa time tue..
perang??oh tidak..tambah2 aku perempuan..
pastu aunty tu ckp
'korang nie x da semangat lagi nie..kena tanam semangat tue'

lepas baca psau makcik tu
baru tahu..dia penah pergi ke kem pelarian palestin
yang Israel penah pergi serang..bunuh pelarian tu..
ada seorang perempuan survive..
dia survive dlm timbunan mayat2 pelarian kat kem tu..
aunty ni x silap penah jumpa perempuan itu..
di situ mungkin kekuatan nya muncul..

masih teringat sewaktu Gaza diserang hebat Israel
tahun 2008..ingat lagi..europe tgh winter..
sebab time tu aku p holiday kat france..
before g holiday, x perang lagi..
sepanjang perjalanan tu, aku perasan ada sumthing wrong
as inbox tetiba full gila dgn news..tp x sempat baca
bila balik..then it was true..
subhanallah..

aku rasa, diri ini telah melalui pelbagai phase dimana
aku menyaksikan kekejaman Israel laknatullah
terhadap Palestin..
bermula dari sekolah..mungkin aku x amik pusing
bila di KMB, sgt teruja bila kwn2 bersungguh2 memperjuangkan Palestin
buat sharing session to know more about palestin
bila dah di oversea
baru clear di mata kenapa kita perlukan Palestin
kenapa Palestin tu tgjwb bersama..
subhanallah..my life is a journey..
journey to learn..
your life too my friends.

dh lama kan kekejaman ni berlaku..
apa yg kita dah buat?
kalau dah buat pun..mesti bermusim
paling teruk, x amik pusing langsung!
masyaALLAH!
aku pun sedar, aku x la terlalu into this
tapi bila baca pendapat org lain..
kisah Palestin ini
memang sebenarnya menuntut kita menjadi Islam sebenar
bukan islam bermusim
kena faham islam tu..kena tanam tekad di dada..
kita hidup ada tujuan!

orang2 Palestin tu mmg x takut mati
syahid lagi depa cari
sebab syahid tu, darah x cecah bumi lagi Allah dah bg depa masuk syurga!
sapa tak nak..tapi, berbaloilah dengan pengorbanan mereka
ingat lagi..pemimpin Palestin kata
'kami x kan minta muslim dunia tolong,itu tgjwb mereka
kami x kan tanya sekarang
tapi kami akan tuntut di depan Allah kelak!'
agak2 time tue la..nak jawab apa ek?
masyaAllah..jom jgn buang masa dan hidup kita lagI!

why Israel claim Palestin land is their's?
i dun know this for sure
but depa guna claim dari kitab depa yg Tuhan
telah janjikan tanah Palestin itu milik mereka
memang dlm Quran pun ada tulis
tapi ditulis hanya sebagai rujukan sejarah untuk ummat
di tulis untuk Allah menceritakan kisah bani Israel laknatullah itu

tanah Palestin diberkati Allah
tumbuhan kat situ memang hidup subur
my friends pernah ckp
perasan tak, kanak2 palestin x kurus kering mcm kt Afrika
even depa perang sana sini?
sebab tanah tue diberkati Allah
tumbuhan kat sana subhanallah, sangat subur
pernah tengok gambar strawberi kat sana
besar!subhanallah...and they said so sweet n juicy!

israel dikurniakan Allah kepandaian
satu kelebihan yang mereka miliki
dan Allah cakap, orang berilmu akan diangkat 
darjat mereka di dalam masyarakat

nak lawan Israel..memang..
ummah kena bersatu, kena faham Islam tu
kita ni..anak2 muda yg akan control dunia nanti
yang akan terajui Malaysia kelak
walaupun pemimpin sekarang x faham
sekarang dah jadi tugas kita untuk fahamkan diri sendiri
supaya nanti bila zaman kita pegang pemerintahan
kita akan berjaya kembalikan kegemilangan Islam

believe in Allah..
dalam tulisan 'mana tuhan kamu' oleh akhi hilal asyraf (langit ilahi)
aku dikuatkan keyakinan untuk terus berjuang
jangan pernah menyerah

sejauh mana saya,kamu dan kita2 nie mampu tolong?
mulalah dengan mengenali Islam itu sendiri
lega di hati kerana ramai yang sedar kepentingan untuk bersama2
bangunkan Islam, betulkan aqidah
tanggungjawab kita utk mengajak orang lain faham juga

istiqamah dalam menjalankan sesuatu pekerjaan
if nak berdakwah, konsisten dan sistematik
if nak boikot, jgn hangat2 tahi ayam
fahamkan terlebih dahulu kenapa kita buat benda tu
jangan sebab orang lain buat, kita follow je


isu Gaza bukan isu kekejaman dan kemanusian semata
ianya satu platform aqidah ummat untuk dikaji
apa yg kita buat sewaktu saudara kita sengsara?

Allah x pernah perlukan kita untuk menangkan Islam
tapi Allah bagi kita peluang untuk menolong
untuk kita kejar syurgaNya
marilah dekatkan diri dengan Allah

ni ada bacaan Qunut nazilah
Qunut ni di baca oleh Rasulullah sewaktu pembunuhan 
60 orang hafiz Quran pada zaman baginda

like what akhi hilal said
Sesungguhnya, Allah itu tidak pernah meninggalkan kita.
Tetapi kitalah yang meninggalkan Allah SWT.

like what bolgger kereta mayat said
Hari manusia di selamatkan adalah hari ini,
dan hari ini telah berlalu separuh hari
akan masa dan usaha untuk buat usaha
menyelamatkan diri kita dari api nereka,
esok belum tentu kita hidup..,
maka gunakanlah baki hari ini
untuk selamatkan diri kita dari azab api neraka.
keepfighting



Monday, May 10, 2010

behavior change

today, i've read about the
TRANSTHEORETICAL MODEL
wah..dasyat x bunyi nye??
model nie digunakan utk tolong org2 yg ade prob
untuk mereka berubah
behavioral change!

stage dia ada 5! 
tp kali nie nk ckp yg mna quote best2 je



1)precontemplation
ni tahap xnak berubah apa2
'people stay in precontemplation stage as long
as they need to or maybe even forever!'
klo ajak2 tp dia xnak
as Twelve Steppers says
'let go and let God'




2) contemplation
ni ada smgt n kesedaran n berubah
'no matter how small;
baby steps are the key to lasting behaviours'




3)action
mulakan perubahan
tp mungkin dia akan relapse sebab
'primacy is stronger dan decency ;
the first thing we learn in stronger and more deeply
etched in our brain than the last thing we learn'


4)relapse
'reward works better than punishment'
sekian dahulu untuk sesi 
behavioural science hari ini
keepfighting!

Wednesday, April 21, 2010

airline awards by skytrax 2009

salam
dlm proses mengusha tiket nie
terajin la plak survey2 airline ape yg best
klo korang suka psai flight2 nie
mesti tau juga psai skytrax kn?

1)skytrax
dia nie pengumpul review users aiport n airline kehormat la
dari situ dia keluarkan award utk airline2 nie
rasanye nie the only award kot
utk airline n airport


2)tahukah anda??

KLM royal dutch airline is
a 3 star airline
(nie ikut skytrax le)

emirates plak 4 star
dan

5 star is...

iya!!

Malaysia Airline!!wuhuuu!!
cayalah!
(applause skit!clapclap!!)

ada 6 je airline yg 5 star taw
asiana airline
cathay pacific
singapore airline
qatar airways
kingfisher airline

sungguh tidak ku sangka!
apart from that, on 2009
MAS menang
world best cabin staff
'world' ok!

AirAsia plak menang
world best low cost airline
mesti cik micheal o lary
CEO ryan air nangis2 xdpt award tu!
hahaha!!

emirates juga dpt
best inflight entertainment!
mmg xdpt disangkal lagi~

airline of the year
cathay pacific

KLIA dapat award
best immigration service
(rasanya msia je kot guna cap jari je)
mantap!!
ngan mng best staff service


3)future airline award
akan diadakan pd 20 may ini
nantikan~

sekian utk pengetahuan am kali ini
doakan saya dpt tiket with
reasonable price!

keep fighting!

Tuesday, April 20, 2010

swine flu vs volcanic ash

mode : exam

tadi dpt news alert from newyork times
saying that britian airspace has reopen
from 2200
alhamdulillah..syukur sangat!

1)kenapa airspace tutup
well, rasanya semua tahu kot
gunung berapi kt iceland tu meletup
dia dok bawah glasier
so, bila larva jumpa ice
terhasil lah volcanic ash



2)ada apa dengan volcanic ash?
volcanic ash ni bahaya utk flight
dia mineral, bukan habuk biasa
dia ble erode cat and besi aircraft
pastu ble kaburkan cermin pilot
dia gak keluarkan gas sulphur
(ble masuk dlm dan dihidu passengers)

pastu volcanic ash nie melt pd suhu tinggi
so bila masuk dlm engine flight
dia akan melt
then stuck dlm engine and mengeras
dan akhirnya sebabkan engine failure
pastu dia juga akan rosakkkan sistem radar flight
(flight anda x dpt dikesan!bahayanye)

semua tue boleh ditonton di sini











maka, tersangatlah bahaya keadannya.

3)future letupan volcano?
entahla, ni dengar rumours la
mungkin ada letupan susulan
yang merisaukan semua yg nak blik summer
pastu ada baca gak
qantas airways cancel semua flight
sampai mid may!lamanya!!
marilah kita berdoa ye

4) kerugian
kerugian mmg x dpt disangkal
klo baca kt page emirates
emirates yg kaya tue pun x mampu
bertahan dlm situasi yg sehari rugi million-million

yang untung ialah train,feri,kereta
hari tu baca, selalu time april nie
org naik feri 200-400 ja
tp skrg jadi 6000!
kayalah pakcik feri tue sementara

org yg stranded lagi la rugi
rugi masa
ada yg dh hbis medication, xle prescribe
ada yg hbis duit dok hotel,bli food
knala tido airport
sib bek ada gak airport baik mcm kt munich kot
depa bg katil, makan 3 kali sehari!
(lebih baik dr dok umah!hehehe)

5)konklusi
doakanlah moga semuanya selamat
time last year balik summer,
ada kisah swine flu
skrg dirisaukan dgn volcano yg susah nak eja tu

this is menunjukkan kuasa Allah yg maha Kuat
nothing is above HIM
bila meletup ja,
semua benda tergendala
xda sapa pun ble tiba2 p stopkan
ash tu dr merebak
sebab tu semua kuasa Allah
we are nothing
with prays and doa,
insyaAllah we could overcome everything

6)harapan
to all my corkians yg masih stranded
hopefully korang selamat pulang
dan sempat stad utk final exam

i felt so lucky sebab safely land
on 14th april
(sebab 15 april, trus xle fly dah)
syukur alhamdulillah~

keep fighting!


Sunday, February 7, 2010

western union

hari tue hantar duit kat kakak ku di malaysia..
tgh pk2 mcm mna nak hantar duit?
nak hantar via bank, mcm renyah ja dgn nk swift code la, iban number la..
pas2 terfikir psai western union!
klo kt malaysia, western union nie diguna kan oleh pekerja2 asing indonesia n bangladesh n india n bla2...
tetiba rasa mcm..huh!aku pun masuk kategori pendatang juga ni. tapi dgn izin la k..
so, ak pn try la..
kna masuk kredit kad, isi2..
sng jugak la.
n the best part is secure r. dia pnya pengesahan transfer tu byk peringkat.
dh masuk number kredit kad, dia minta password lu (mastercardnye securecode)
pastu dh confirm, dia suh telefon pjbt dia plak..
aiseh!mula2 mmg mcm malas je, tp rupa2nye call tu free je!
dia minta confirmkan identity.
bgus r..n another best part is, duit tu ble amik dah esoknye!
cepat btol! so,dpt la duit kt kakak ku di malaysia..
macam la kaya sgt ak nie, tp ble la nk myumbang skit2 kt famili, dari dok perabis duit kat ebay kan?kan?kan?
hehehe...
nnti ble cita psai ebay lak!
jom sambung stad~