BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 22, 2010

my hospital attachment

salam to all readers
hari ini nak menulis about my hospital attachment in Cork
Cork city itself ada 4 hospital,one of it is private
Cork University Hospital 
Mercy university hospital
South Infirmary Victoria University Hospital
Bons Secours Hospital

i am now rotation dekat CUH
skrg tgh introduction weeks
kami rotate to different department every 2 weeks

last 2 weeks i was doing cardio/respiratory rotation in CUH
follow ward round with respi Reg n his intern
amik history and perform examintaion

we managed to see a patient with a rare disease
called 'alveolar proteineosis'
1 over 2 million people will have it
managed to look at her CT scan utk tgk 'crazy paving'

jumpa juga patient with 'cystic fibrosis'
then patient yg ada Myocardial Infarction 
Heart Failure and bla2..
belajar baca ECG dgn nurses
jumpa patient yg ada liver disease with ascites
dan banyak lagi

sekarang tgh wat anesthesia rotation in the same hospital
belajar segala drug yg perlu utk induction,muscle relaxant and analgesic
pastu dpt la tgk surgery
so far baru tgk breast surgery utk keluarkan lump
tadi tgk plastic surgery on nose and ear

tak sabar nak intubate orang!hehe~
wat IV cannulation ke
relax gak kerja anesthetist nie *ye ke?*

esok masuk ortho surgery
then hopefully dapat la masuk tgk open heart surgery

moga roh dan semngat untuk mnjadi seorang doktor
akan datang jua nanti
pray for the best! insyaAllah




Saturday, September 18, 2010

tentang puasa enam



Abu Ayyub al-Ansori meriwayatkan:
Maksudnya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikuti dengan (puasa) 6 hari dalam bulan Syawal, maka seoleh-olah dia berpuasa setahun penuh.”(HR Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah)



Afdal qada hutang' Ramadan sebelum mulakan puasa enam Syawal
Oleh - Dr Abdul Basit Abd Rahman
Sumber : Berita Harian, 9hb Oktober 2008


HUKUM puasa sunat enam Syawal adalah sunat. Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal kerana 1 Syawal adalah Aidilfitri dan dilarang berpuasa pada hari itu. Abu Hurairahberkata yang bermaksud: "Nabi SAW melarang puasa pada hari Aidilfitri dan Aidiladha." (Hadis sahih al-Bukhari)


Syarat dan adab bagi puasa sunat enam Syawal adalah sama seperti puasa wajib Ramadan. Namun sering kali menjadi perbincangan kalangan ulama bagaimana sewajarnya puasa itu dilaksanakan sama ada secara berturut-turut atau terputus.

Pandangan lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus (tidak berturut-turut) asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal. Ini kerana apabila Rasulullah SAW menganjurkan puasa sunat enam hari ini, Baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya.

Maka puasa enam boleh dilaksanakan pada mana-mana hari dalam bulan Syawal asalkan bukan pada 1 Syawal dan bukan sesudah berakhir bulan Syawal. Adalah lebih afdal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal berdasarkan firman Allah yang bermaksud: "Dan bersegeralah kamu kepada (mengerjakan amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (ke arah mendapatkan) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang bertakwa." (Surah Ali-Imran, ayat 133)


Selain cara melaksanakannya, timbul juga perbincangan apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika mempunyai hutang puasa Ramadan yang belum diqada. Ada dua pendapat ulama dalam masalah ini.


Pendapat pertama, boleh melakukannya berdasarkan dalil bahawa Aisyah pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadan yang perlu diqada hingga ke bulan Syaaban akan datang. Aisyah berkata: "Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadan. Aku tidak mampu mengqadanya kecuali pada bulan Syaaban kerana sibuk (melayani) Rasulullah SAW." (Sahih Muslim)


Ulama yang mengemukakan pendapat pertama berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah SAW, Aisyah tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau mengqada puasa Ramadan pada bulan Syaaban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadan.


Pendapat kedua, tidak boleh melakukannya berdasarkan hadis yang menganjurkan puasa sunat enam Syawal itu sendiri yang dikemukakan di awal risalah ini. Hadis itu berbunyi: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun."

Rasulullah SAW mensyaratkan berpuasa Ramadan terlebih dulu, kemudian barulah mengiringinya dengan enam hari dalam bulan Syawal. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadan. Jika ada puasa Ramadan ditinggalkan, ia perlu diqada terlebih dulu barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.


Jika diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat) kerana menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri. Selain itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan daripada memberi sedekah yang sunat.


Namun, jika seorang itu tidak berkesempatan (disebabkan keuzuran) untuk melakukan qada kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadakan sebelum Ramadan tahun berikutnya, maka pendapat pertama boleh diterima berdasarkan apa yang dilakukan Aisyah.


Menurut Imam An-Nawawi, Mazhab Malik, Abu Hanifah, Asy-Syafie, Ahmad dan jumhur salaf dan khalaf mengatakan: "Qada puasa Ramadan bagi mereka yang berbuka kerana uzur seperti kedatangan haid dan musafir, maka kewajipan mengqada adalah secara bertangguh, tidak disyaratkan qada terus apabila boleh melakukannya."


Menurut Al-Khatib Asy-Syarbini: "Sesiapa yang tertinggal puasa Ramadan, sunat dia mengqadakannya secara berturut-turut dan makruh bagi orang yang ada qada Ramadan melakukan puasa sunat."


Sementara pendapat menggabungkan puasa qada dan puasa enam dan akan diberi ganjaran kedua-dua pahala dengan puasa yang satu, berlaku khilaf di kalangan ulama, sebahagiannya berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardu lain atau dengan puasa sunat lain. Jika dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardu dan sunat.


Ada kalangan ulama Syafi'iyyah berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperoleh apabila seseorang berpuasa qada sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperoleh kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan.


Selepas dikaji, pandangan ulama yang membolehkan puasa dua dalam satu ini, tidak bersandarkan mana-mana dalil al-Quran dan al-Sunnah. Oleh itu, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai hamba yang tunduk kepada Allah, memperbanyakkan amalan taqarrub dengan memisahkan di antara yang wajib dengan sunat lebih menunjukkan kesungguhan diri mencari keredaan Tuhannya.


Amalan sunat adalah sebagai penampal kepada kekurangan dalam amalan fardu. Sempurnakan dulu qada beberapa hari yang tertinggal, kerana kita tidak tahu apakah hayat dan kesihatan yang ada akan berterusan sehingga kita dapat menunaikannya di masa depan.


Bagi orang yang tidak sempat melakukan puasa sunat kerana sibuk dengan puasa wajib, diharapkan Allah akan memberi ganjaran berdasarkan niat dan azamnya.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Apabila seorang hamba Allah sakit atau musafir (beliau tidak dapat melakukan amalan yang biasa dilakukannya) maka dituliskan baginya pahala seperti amalan yang biasa dilakukannya sewaktu tidak bermusafir dan sewaktu sihat." (Sahih Al-Bukhari)

Wednesday, September 15, 2010

cool video: jom try!

salam semua
di celah - celah kebosanan
terjumpa link nie dari sebuah website

cool gila!
serius~
just follow the instruction ok!
*korang pause kat 0.27secs, then klik pd pilihan*
selamat mencuba~

Sunday, September 12, 2010

sambutan raya Cork

alhamdulillah
semalam telah berlansung dgn jayanya 
SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI PERINGKAT CORK
paling istimewa
kedua-dua pengarah MARA dan JPA turut hadir 

selaku pengarah, mmg tersangat banyak benda 
yg perlu diuruskan
tapi saya bersyukur kerana dikurniakan 
team mates yang sgt berkaliber
thanks to all excos PPMC yang bertungkus lumus
memastikan kejayaan program ini

batch 2008

thanks juga untuk semua warga Cork
yang sudi memasak juadah pada hari tersebut

maaf bagi pihak pengurusan kerana
kami hantar barang masakan terlalu lambat
ada yg tak sempat nak siapkan
ada yg menunggu sampai kebosanan
maaf saya pinta..

hausmates



alhamdulillah
majlis diserikan dgn pengacara merangkap performers 
pada hari itu iaitu saudara
mohd farhan mohd yusoff
walaupun secara spontan
ternyata pilihan kami tidak silap
thanks pe'e for your great effort
*sori kerana mungkin time makan ko menjadi pendek*


to all perfomers, thanks a million!
terkejut juga bila dgr ada 4 persembahan~ *x sangka*
thanks sesangat!
wlaupun ada part2 pitching lari *heheee*
tapi overall, it was a nice job!

congrates to all yg menang anugerah on that day!
especially to my hausmate kak niesah
yg mng best dress woman..*congrate*
food

if warga cork yg hadir ada nk komen apa2 on majlis ni
saya persilakan
mungkin boleh hantar email ke, sms ke
just nak tahu feedback
apa bagus n apa yg kurang

hope to see semua next year!
insyaAllah

p/s : excos, ngat lagi kisah sampah kita?
itu namanya dugaan~
sabar ye semua!hehe..


Sunday, September 5, 2010

salam aidilfitri~



this song dedicated to my mum n dad
yang kini berada di alor star kedah
and all my family members..
missing u all~
(tekan play kt lagu sebelah)

Terkenang di ketika itu
Ku dimanja dan disayang selalu
Apa saja kemahuan diri
Akan cuba dipenuhi

Walau hidup dalam kesukaran
Kau kan cuba tuk membahagiakan
Demi anak-anak yang tersayang
Kau berdua kan berkorban


Tetapi baru ku sedari
Tidak mungkinkan terbalas budi
Pengorbanan mu tiada ternilai
Hanya tuhan kan membalasnya


Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti


Pabila menjelang lebaran
Baju baru kan disediakan
Walau mungkin kami tak mengerti
Keperitan saat itu


Namun wajah mu terus bercahaya
Oh sucinya kasih sayang itu
Dibibir mu kan menguntum senyum
Andai nya anak-anak mu bahagia

Chorus
Salam aidilfitri
Ayah bonda yang dicintai
Maafkanlah anakmu ini
Kerna belum cukup berbakti