BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, May 14, 2010

tak perlu tunggu tua..

salam to all..
been so busy with exams..
today i wanted to reflect things that had happened

alhamdulillah
aku syukur, hingga saat ini,
aku masih bernafas,
terus menghirup udara keimanan
merasa hangatnya bayu dakwah
aku syukur
pemberian Allah yang tak ternilai
sejak aku mulai menjejak kaki ke bumi asing ini

bak kata classmate dr USA selepas exam td
'the college is over for the year'
hmmm..subhanallah..
terlalu cepat masa berlalu
first year...second year..third year...
terlalu pantas
bila muhasabah kembali 
aku risau, jika masa itu
aku tak gunakan sepatutnya..
penuh dengan kelekaan..keseronokkan
lupa..lupa tentang matlamat hidup sebenar diri ini

terfikir juga tentang nikmat dan rahmat 
masa,umur,kesihatan,wang...
adakah aku gunakan sebaiknya?
umur bukan pengukur waktu utk buat pahala
tak perlu tunggu tua baru nak beribadah
kerana belum pasti hari tua itu milik anda..

subhanallah
alhamdulillah
allahuakbar

apalah yang bakal aku jawab di depan Allah nnti
cukup kah dengan jawapan
'aku study lillahi ta'ala?'
hmm..mungkin..
tp bila balance dengan dosa yg di buat
lambatkan solat, buang masa..
mengumpat..buruk sangka..
subhanallah
mungkin pahala itu hilang sekelip mata..

ya Allah
aku mohon diberkati umurku
berkatilah aku, keluarga ku, sahabatku, guruku
ingatkanlah kami disaat kami terleka
dunia hanya sementara
akhirat penentu segalanya

ya Allah
tetapkanlah hati hamba mu ini
kekal di atas jalan yg lurus
jalan yang Engkau janjikan
usah biarkan aku hanyut
pegang aku dengan tali Mu
agar aku tidak mudah terlepas
akan sentiasa aku kukuhkan ikatan itu
moga dalam hitungan
terhitung setiap pengorbanan..

ya Allah
akan ku kejar syurgaMu..
akan ku kejar syurgaMu..

i love u
my almighty Allah

0 comments: